spot_img
spot_img

Adakah rakyat masih percaya pada pakatan seperti PRU14 melawan BN ?

spot_img

KUALA LUMPUR (April 2): ​​Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pertemuannya dengan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sebahagian daripada inisiatif untuk kemungkinan jalinkan kerjasama semula untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Muhyiddin berkata inisiatif itu adalah langkah awal untuk mendapatkan pandangan pemimpin parti politik yang menentang Barisan Nasional (BN) bagi mengelak pertembungan banyak penjuru pada PRU15, namun belum ada keputusan muktamad dicapai.

Ahli Parlimen Pagoh itu mendakwa susulan kekalahan “musuh-musuh UMNO” pada pilihan raya negeri Johor baru-baru ini, beliau didatangi pemimpin beberapa parti politik termasuk Pejuang yang menyatakan hasrat untuk bergabung.

- Advertisement -

Muhyiddin masih berpegang kepada undi popular di mana jika dilihat dari angka keseluruhan undi pada PRN Melaka dan PRN Johor,  jumlah pengundi yang tidak menyokong BN lebih tinggi berbanding yang menyokong. Namun, akibat pertemuan pelbagai penjuru antara parti-parti yang bertanding menentang BN, undi anti-BN akhirnya berpecah. Ini menyebabkan BN memenangi kedua-dua pilihan raya negeri Melaka dan Johor, walaupun ia ditolak oleh majoriti pengundi (jika dikira undi popular).

“Mereka bersetuju untuk mengelak pertembungan pelbagai penjuru pada PRU15 sebaik mungkin bagi menghalang BN daripada kembali berkuasa. Pandangan seperti itu telah disuarakan oleh ramai penganalisis politik,” kata Muhyiddin dalam catatan Facebook pada hari Sabtu (2 April).

Pada Selasa lepas, media melaporkan bahawa Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah mengesahkan bahawa Dr Mahathir dan Muhyiddin bertemu dua minggu selepas pilihan raya Johor untuk membincangkan cadangan kerjasama semasa PRU15.

- Advertisement -

(Mukhriz Mahathir)

Mukhriz Mahathir yang merupakan Presiden parti baru, Pejuang mengakui pertemuan itu berlangsung kira-kira dua minggu lalu, setelah Bersatu tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Bagaimanapun, katanya, setakat ini Pejuang belum memberikan kata putus mengenai tawaran penggabungan itu.

“Mungkin saya boleh katakan, buat masa ini kita kurang bersetuju dengan apa yang dicadangkan untuk bergabung dengan kerajaan memerintah (Perikatan Nasional). Ketika ini memang banyak perjumpaan di sebalik tabir berlaku dengan semua pihak bukan hanya dalam kalangan pembangkang malah pemimpin kerajaan juga,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Mukhriz menyifatkan hubungan antara Muhyiddin dan Mahathir masih lagi dingin di sebalik tawaran bekerjasama yang dicadangkan Bersatu. “Luka kami belum pulih, dok (masih) berdarah lagi”.

Sebelum pertemuan dengan Tun Mahathir, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah mendedahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menghubunginya, bertujuan untuk membentuk kerjasama baharu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Bagaimanapun, Presiden Parti Warisan (Warisan) itu sudah memberikan kata putus untuk menolak permintaan tersebut selepas apa yang berlaku sebelum ini.

(Shafie Apdal)

“Dia ada berhubung dengan saya. Dia telefon dengan saya, (tetapi) saya bagitahu teruskan apa awak punya agenda, saya tak nak. Saya jelas dalam perkara ini saya maklumkan dengan dia, awak tahu (yang) saya sudah melakukan bahagian saya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tetapi selepas apa yang terjadi dan selepas terjadinya Langkah Sheraton, (saya) sangat konsisten dalam nilai dan perjuangan saya,” katanya dalam sidang akhbar selepas tayangan perdana dokumentari perjalanan politik beliau di RexKL.

Menurut Mohd. Shafie, Warisan ketika ini masih dalam keadaan bebas dan menumpukan untuk memperkuatkan parti itu sama ada di Sabah atau Semenanjung.

Selepas pertemuan dengan Tan Sri Muhyiddin, Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad terus secara terbuka berkata bahawa Muhyiddin menemuinya baru-baru ini untuk meminta bantuan mendapatkan semula jawatan Perdana Menteri. “Muhyiddin jumpa saya, beliau mahu saya sokong percubaannya untuk jadi PM sekali lagi,” kata Mahathir pada sidang media 1 April lalu.

(Tun Dr Mahathir Mohamad)

Apabila ditanya sama ada beliau akan menyokong Muhyiddin, Mahathir berkata, Pejuang “tidak akan menyokong individu yang gagal sebagai PM sama seperti Najib (Razak)”.

“Semasa dia jadi perdana menteri, kebanyakan orang tak puas hati dengan kepimpinannya. Beliau bukan perdana menteri yang bagus. Jika beliau capai sesuatu yang hebat untuk negara, saya yakin tanpa sokongan daripada saya pun beliau boleh menang,” kata Tum Dr Mahathir.

Secara sini Tun Mahathir berkata beliau tidak tahu mengapa Muhyiddin mendekatinya untuk mendapatkan sokongan Pejuang memandangkan beliau tahu prestasi parti tersebut yang buruk pada PRN Johor baru-baru ini.

Tiada komen yang meluas dari pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di dalam isu ini. Mereka mengambil pendekatan untuk tidak masuk campur. Pada pandangan penganalisis politik, pendekatan ini adalah untuk menunjukkan kestabilan di dalam kepimpinan mereka. Ia juga untuk membiarkan sendiri permasalahan politik dan perebutan kuasa “siapa ingin jadi PM” di kalangan musuh BN, dan rakyat akan menilai dari sudut pandangan tersebut.

Menurut beberapa sumber penganalisis politik yang diperoleh Berita Tular, pemimpin Perikatan Nasional percaya mereka mempunyai sokongan yang lebih kuat berbanding BN. Kekalahan di dua PRN baru-baru ini adalah disebabkan jumlah pengundi yang merosot. Mereka percaya jika sempadan telah dibuka, wabak Covid19 telah habis, maka ramai akan keluar mengundi PN.

Dari segi strategi taktikal, PN tidak mempunyai jentera dan kekuatan untuk menggerakkan pengundi putih mereka. PN masih bermain isu seperti PRU14. Tanpa mereka sedari juga, adakah benar pengundi “tidak mahu keluar mengundi” kerana wabak atau “tidak mahu mengundi” kerana jika mereka memberi undi kepada parti yang menentang BN, namun akhirnya PN sendiri ditubuhkan dengan mempelawa BN untuk bersama bagi menubuhkan kerajaan. Langkah Sheraton adalah satu liabiliti besar kepada PN. Jadi kepimpinan PN harus dibersihkan dari wajah-wajah yang merealisasikan Langkah Sheraton jika ingin mendapatkan semula kepercayaan rakyat. Namun penganalisis politik percaya, reformasi kepimpinan dalam PN amat sukar dilakukan.

PN juga dilihat terlalu bergantung harap kepada jentera PAS. PN harus sedar dan terima hakikat yang PAS berpecah dua. Di pihak kepimpinan atas yang mempunyai jawatan, mereka tentunya cenderung ke arah PN, manakala di akar umbi, mereka mahukan pakatan yang kuat iaitu Muafakat Nasional (MN). Komponan bangsa Cina PN, parti Gerakan merupakan parti yang telah “terkubur dan dihidupkan semula” di zaman PN. Rekod buruk kekalahan PRN Melaka dan Johor menunjukkan bangsa Cina tidak memberi undi kepada Gerakan.

Tambah penganalisis politik lagi, sesetengah rakyat terutamanya orang Melayu takut akan 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan. Begitu juga dengan golongan perniagaan. Perniagaan merosot, hubungan kaum tidak harmoni, hak-hak kaum Melayu dipersoal dan banyak lagi.

Faktor-faktor di atas boleh menjurus ke arah kemenangan BN pada PRU-15. Bagi musuh BN, mereka boleh melakukan transformasi kepimpinan, muka baru dan bekerja dari sekarang untuk memenangi semula hati rakyat pada PRU-16. Tetapi di dalam politik, tidak mustahil sesuatu yang tidak diduga boleh berlaku untuk menumbangkan BN pada PRU15 ini sekali lagi.

Bayangkan trio gabungan Khairy Jamaludin, Nurul Izzah dan Rafizi menjadi pelopor kepada tawaran Malaysia baru ? Tidak keterlaluan untuk menyatakan tawaran KJ sebagai Perdana Menteri. Berita Tular percaya, sokongan bukan Melayu majoriti akan diterima mereka, manakala pengundi Melayu yang non-partisan (bukan ahli parti politik) juga akan mengundi mereka. Ini tidak mustahil untuk mengalahkan atau memberi saingan sengit kepada UMNO BN.

Masa untuk veteran politik rehat di PRU15, jika ikhlas ingin menumbangkan UMNO BN seperti yang diidam-idamkan oleh mereka. Jika tidak, veteran-veteran politik ini akan dilihat sebagai gila kuasa untuk masih mahu menjadi PM sekali lagi … untuk negara atau untuk cita-cita peribadi ?

Malaysia perlukan nafas dan kestabilan politik kepimpinan baharu demi kemajuan masa depan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img