London Escorts sunderland escorts www.asyabahis.org www.dumanbet.live www.pinbahiscasino.com sekabet.net www.olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com www.asyabahisgo1.com www.dumanbetyenigiris.com www.pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com www.maltcasino-giris.com www.faffbet.net betforward1.org betforward.mobi 1xbet-adres.com 1xbet4iran.com romabet1.com www.yasbet2.net 1xirani.com www.romabet.top 3btforward1.com 1xbet https://1xbet-farsi4.com سایت شرط بندی معتبر betforward
spot_img
spot_img

Siapa yang rakyat Johor harapkan ?

spot_img

12 Mac adalah penentuan buat dua buah parti seteru yang ditubuhkan di negeri Johor iaitu UMNO dan Bersatu, berentap bagi menubuhkan kerajaan negeri.

Bersatu dengan payung Perikatan Nasional (PN) manakala UMNO di bawah gabungan yang sama iaitu Barisan Nasional (BN).

Pakatan Harapan (PH) juga merupakan seteru kepada BN.Tetapi anehnya mereka juga tidak berkawan dengan PN. Namun, PH mempunyai kelebihan kerana ada sokongan masyarakat Cina. Manakala PN pula hanya mengharapkan pengundi Melayu yang telah berpecah kepada banyak parti yang diasaskan oleh pemimpin Melayu sendiri, seperti Pejuang, Warisan, Muda dan Parti Bangsa Malaysia.

- Advertisement -

PN dan PH masih memainkan naratif PRU14 iaitu ‘menyalahkan’ BN dan barisan kepimpinannya, BN rasuah, kluster mahkamah, gila kuasa dan pelbagai lagi perkara negatif terhadap UMNO terutamanya.

PN dan PH tidak sedar bahawa rakyat telah memberi mereka peluang, sewaktu kemenangan PRU14 dan selepas Bersatu meninggalkan PH di ‘Langkah Sheraton’.

Liabiliti ‘Langkah Sheraton’ kepada Bersatu amat besar sehingga hari ini kerana ia dianggap sebagai mengkhianati undi rakyat Malaysia sewaktu PRU14 lalu dengan mempelawa UMNO secara en bloc bagi menyokong kerajaan yang diketuai oleh Bersatu pada ketika itu. Persoalannya, adakah rakyat boleh mempercayai Bersatu lagi sekarang ?

- Advertisement -

PH melalui parti DAP telah menggerunkan orang Melayu sewaktu pemerintahan 22 bulan mereka. DAP juga telah memberikan pengalaman buruk kepada golongan elit dan ahli perniagaan Cina sendiri. Adakah rakyat akan kembali memberikan sokongan kepada PH setelah pengalaman 22 bulan ketidakstabilan dalaman yang tidak mampu diurus oleh PH sering tertonjol keluar di dalam media ?

Jadi di sinilah nampaknya kelebihan parti yang mempunyai pemimpin utamanya yang terpalit dengan kes-kes mahkamah iaitu BN.

Adakah semua ahli-ahli UMNO itu perasuah, perompak dan penyamun ? Tentu sekali tidak benar jika kita menuduh sedemikian. Mereka juga orang Melayu yang beragama Islam.

Majoriti ahli-ahlinya juga menentang kemungkaran. Siapa kita untuk berkata orang UMNO semua kaki rasuah ?

Oleh kerana parti itu sudah berusia 60 tahun, maka kesetiaan itu tertanam dalam di akar umbinya. Tak kiralah satu atau dua pimpinannya kelak akan masuk penjara sekalipun, sokongan mereka kepada BN / UMNO tetap utuh. Ini yang pihak lawan harus sedar.

Sentimen menghina dan mengajak rakyat membenci UMNO adalah senjata yang akan ‘memakan dirinya’ kembali. Rakyat telah memberi peluang kepada PH dan PN, tetapi apakah track recordnya ? BN punyai track record cemerlang dalam membangunkan rakyat dan negara. Sehinggalah ada kepimpinannya terpalit kes jenayah, mereka menerima kesan besar iaitu kekalahan pada PRU14. Tetapi adakah PH dan PN selepas menang PRU14 lalu membuat sesuatu yang lebih baik dari BN ?

Masa singkat, masih baru, 22 bulan sahaja .. ya .. inilah alasan yang sering diberikan oleh PH dan PN.

BN tidak memberi alasan, mereka terus mengasak, ‘dipelawa’ dan akhirnya memperkuatkan diri dalam mengambil kuasa dari ‘rakan’ yang mempelawa mereka . Ini ialah politik, yang alpa, akan dibaham.

PH dan PN perlu mempunyai naratif ‘alaf baru’ jika mahu memenangi pilihanraya dalam
melawan BN. Visi dan wawasan untuk rakyat harus melebihi daripada politik kebencian.

PH dan PN harus menunjukkan tahap konsisten di dalam perjuangan. Bukan berubah-ubah. Bukan lompat sana-sini. Bukan beli sokongan sana-sini.

Konsisten menjurus ke arah kestabilan. Kestabilan membawa kemajuan . Inilah yang rakyat mahukan dari mana-mana kerajaan yang memerintah.

Yang bersalah, cepat-cepat sumbat masuk ke dalam penjara, tutup buku. Parti yang menang dan kuat, cepat-cepat mentadbir negara untuk hilangkan segala kelemasan politik yang tiada akhirnya.. Jangan biarkan negara ini terus terkebelakang dengan politik yang tidak berkesudahan sejak pasca PRU14. Rakyat sudah penat !

Yusni – UTM Skudai

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img