spot_img
spot_img

PRN Johor : BN punya kelebihan

spot_img

Perpecahan parti pembangkang memberi kelebihan kepada Umno, BN untuk mengulangi kejayaan besar yang diraih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Nov lalu.

Menurut tokoh wartawan, A Kadir Jasin, berkata jika Umno menang PRN Johor pada 12 Mac nanti, bukan disebabkan Umno kuat sebaliknya kerana pembangkang berpecah.

“Parti-parti yang menentang Umno banyak dan rakyat jelata jelata yang mahukan perubahan pun ramai tetapi mereka lebih berpecah belah sekarang daripada ketika PRN Melaka.

- Advertisement -

“PH terbahagi dua kerana PKR hendak guna lambang sendiri. Tinggallah DAP dan Amanah memakai lambang Pakatan Harapan (PH).

“Pengundi akan keliru dan kurang yakin dengan sikap mementingkan diri ini.

“Maka atas sebab-sebab inilah, Umno nampak mempunyai kelebihan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

- Advertisement -

Menurut A Kadir, parti Muda yang akan membuat kemunculan sulung “boleh membantu menarik undi pemilih muda kepada khemah pembangkang.”

A Kadir menyifatkan gabungan Perikatan Nasional dengan parti teras Bersatu dan PAS itu “umpama rumput di tengah jalan – di sini tidak di sana pun tidak.”

“Bersatu tidak kuat dan PAS lemah. Bersatu menang kerusi di Johor dalam pilihan raya umum lalu atas kekuatan bersama PH.

“Nampak-nampaknya, Bersatu bolehlah bersiap sedia untuk menendang dirinya sendiri kerana telah ditipu bulat-bulat oleh Umno dan feksyen (kem berpihak) Mohamed Azmin Ali untuk melakukan tindakan politik paling bodoh dengan menjadi alat “Langkah Sheraton” dua tahun lalu.

“Presidennya sendiri, Muhyiddin Yassin telah memberi isyarat “surrender” (menyerah) apabila pada 25 Januari lalu dia berkata tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir,” katanya.

Pun begitu, kata A Kadir pertandingan tiga penjuru antara BN, PN dan PH bakal memberi kelebihan kepada BN.

“Ia akan menang jika undi tradisionalnya kekal manakala undi pembangkang pecah.

“Di Melaka BN hanya mendapat 38.4 peratus undi untuk menang kerana pecah undi ini,” katanya lagi.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img