spot_img
spot_img

Dendam ? – MySejahtera tidak diiktiraf di Filipina

spot_img

KUALA LUMPUR, 14 Feb — Tiga belas rakyat Malaysia kini terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila selepas pihak berkuasa Filipina enggan mengiktiraf kelayakan vaksinasi Covid-19 digital Malaysia mereka. Ini memalukan kerana sijil vaksin negara Malaysia tidak diiktiraf di negara yang lebih mundur seperti Filipina.

13 rakyat Malaysia itu adalah sebahagian daripada kumpulan seramai 15 orang yang melakukan perjalanan dari Kuala Lumpur semalam, lapor The Star malam tadi.

Mereka tidak dibenarkan masuk ke republik itu kerana mereka diberitahu sijil vaksin digital Malaysia dalam aplikasi MySejahtera bukanlah bukti vaksinasi yang diiktiraf. Adakah ini pertama kali pelancong atau rakyat Malaysia yang pertama tiba di Filipina selepas MySejahtera diperkenalkan ?

- Advertisement -

Pasport mereka telah dirampas dan mereka diberitahu bahawa mereka akan dihantar pulang pada hari Selasa ini (esok).

Mereka yang terkandas hanya tidur di lantai atau bangku di lapangan terbang.

“Penumpang yang berada dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi telah divaksin di Singapura atau United Kingdom telah diberikan akses ke negara itu tetapi mereka yang divaksin di Malaysia telah ditolak masuk,” tambah salah seorang dari mereka yang terkandas yang tidak mahu dinamakan itu.

- Advertisement -

Mereka diberitahu oleh pihak imigresen Filipina bahawa mereka perlu sama ada telah divaksin di negara lain seperti Singapura atau memiliki Sijil Vaksinasi Antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Adakah ini suatu dendam ke atas Malaysia ? Negara lebih maju lain dari Malaysia seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Switzerland, Australia dan banyak lagi juga telah mengiktiraf MySejahtera.

15 individu itu, terdiri daripada 13 rakyat Malaysia dan dua lagi warganegara yang tidak didedahkan, dilaporkan berhasrat untuk pergi ke Filipina atas sebab perniagaan, peribadi dan kemanusiaan berikutan sempadan republik itu dibuka semula pada 10 Februari kepada mereka yang telah diberi vaksin sepenuhnya.

Menurut The Star, Duta Besar Malaysia ke Filipina telah bertemu sendiri dengan penumpang yang terkandas di lapangan terbang dan sedang merayu untuk tetapi masih belum menerima maklum balas daripada Agensi Hal Ehwal Luar Filipina.

“Mereka cuba sedaya upaya untuk berunding dengan imigresen, bersama-sama dengan pasukan Malaysia Airlines, tetapi tidak berjaya dan kini semua rakyat Malaysia terkandas,” kata salah seorang dari mereka.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img