spot_img
spot_img

Model Singapura dapat $5juta dengan jual foto NFT

spot_img

NFT ( Non-Fungible Token) terus menarik perhatian dunia dan pengaruh media sosial (influencer) mula mengikuti arus aliran ini. Contohnya: bagi Irene Zhao, salah seorang bintang Instagram terkenal di Singapura, memiliki foto jpeg unik dan memperoleh pendapatan lebih AS$5 juta pada bulan ini..

Sejak beberapa bulan ini, influencer berusia 28 tahun itu telah berubah daripada menjadi model kepada seorang yang terkenal dalam ruang mata wang kripto. Walaupun ramai yang beranggapan bahawa kejayaannya sebagai bernasib baik, terdapat banyak lagi koleksi NFT Zhao, IreneDAO, di dalam simpanan.

- Advertisement -

Perjalanan Zhao ke dalam dunia blockchain adalah sesuatu yang luar biasa. Dalam sektor yang berkontroversi ini, seperti mengumpan pengikut mereka ke dalam skim beli dan buang, menaikkan harga saham melalui jaminan atau pengesyoran palsu, tetapi koleksi NFT tetap membuahkan hasil.

Zhao berpindah ke Singapura dari China sejak remaja, pada tahun 2008. Selepas menamatkan persekolahan, dia mendaftar di Universiti Nasional Singapura bagi melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang komunikasi. Ini adalah ketika dia mula expose dirinya di Instagram. Kandungannya terdiri daripada fesyen dan kesihatan. Dia hanya mempunyai sekitar 800 pengikut pada mulanya. tetapi Zhao berkata bahawa dia “bertuah” apabila orang suka fotonya.

Dalam tempoh enam tahun, pengikut Zhao telah meningkat kepada 420,000. Dia telah menjadikan Singapura sebagai rumah utamanya dan tidak mempunyai rancangan jelas untuk meninggalkan negara itu dalam masa terdekat ini.

- Advertisement -

Sebagai salah satu daripada 10 influencer utama di negara pulau kecil itu, Zhao pernah bekerja dengan jenama Asia seperti Zalora dan Acmé De La Vie. Dia menunjukkan almari pakaiannya hampir setiap hari, dan dia tidak pernah memakai pakaian yang sama sebanyak dua kali.

Setahun yang lalu, Zhao mula membuat video di YouTube juga. Dari semasa ke semasa, dia menyiarkan vlog yang kebanyakannya bercakap dalam bahasa Mandarin.

Tetapi di samping usaha media sosialnya, Zhao juga telah bekerja dalam industri kewangan sejak menamatkan pengajian di universiti. Pertama sebagai broker komoditi, dan terbaharu sebagai ketua pegawai pemasaran sebuah syarikat kewangan, Konomi Network, secara tidak langsung memulakan perjalanannya ke dunia blockchain.

Walaupun mempunyai pengikut di media sosial yang agak ramai mengikut saiz negara Singapura, Zhao berkata dia tidak suka posting demi keuntungan semata-mata. Di Instagram kadang-kadang dia terpaksa meletakkan produk dan iklan berbayar untuk menjana kewangan. Ini bukan jenis kandungan yang dia suka siarkan – dan Zhao tahu ini boleh mengganggu pengikutnya juga.

Zhao percaya bahawa NFT boleh menjadi kunci untuk menyelesaikan isu ini. Dengan mencipta koleksi NFT sendiri, Zhao berusaha membuktikan bahawa pencipta kandungan (content maker) dalam talian boleh dibayar terus untuk kandungan mereka. Mereka tidak perlu lagi khuatir untuk posting kandungan yang tidak memberikan bayaran di platform media sosial mereka atau bergantung pada likes followers mereka untuk mendapatkan tawaran penajaan.

Januari ini, Zhao mengeluarkan koleksi NFT pertamanya yang dipanggil IreneDAO. Koleksi itu menampilkan gambar dirinya bersama-sama dengan frasa dan petikan yang popular dalam komuniti mata wang kripto seperti focus on the tech ser “fokus pada pelayan teknologi” dan have fun staying poor “berseronoklah dan kekal miskin”.

(IreneDAO)

Pemilik NFT Zhao boleh menjadi sebahagian daripada DAOnya, yang bermaksud decentralised autonomous organisation. Mereka boleh mengundi dan membuat keputusan mengenai masa depan sesuatu projek NFT itu. Ahli-ahli IreneDAO termasuk YouTuber Logan Paul, yang membelanjakan hampir S$300,000 (AS$268,000) membeli NFT Zhao, dan termasuk pelabur bilionair Mike Novogratz.

Dalam tindakan besar pertamanya, IreneDAO mengeluarkan kriterianya sendiri. Kriteria itu mendedahkan bahawa Irene tidak merancang untuk mengekalkan sebarang hasil yang dijana daripada koleksinya. Dia hanya berhasrat supaya pelancaran ini menjadi bukti konsep – cara baharu yang membolehkan pencipta kandungan mendapat bayaran.

Bagaimanapun, ahli-ahli DAO masih mengundi untuk memberi pampasan kepadanya sebanyak 10 peratus daripada hasil jualan. 15 peratus lagi diberikan kepada ahli pasukannya, dan selebihnya disimpan untuk projek masa depan.

Sejak mengeluarkan koleksi NFTnya, Zhao telah bekerja sepenuh masa di platform media sosialnya sendiri. Ianya bergelar So-Col (atau Koleksi Sosial), dia berhasrat untuk memberi inspirasi kepada  pencipta lain bagi mengikuti jejak langkahnya.

So-Col akan membenarkan pencipta untuk melibatkan diri dengan followers mereka di luar batasan platform media sosial yang sedia ada. Peminat akan dapat “melabur” dalam pencipta kegemaran mereka dan pencipta akan dapat memperoleh bahagian yang adil untuk kandungan mereka.

Zhao berharap dapat “mengganggu ekonomi pencipta kandungan” (market disruptive for content maker) melalui platform ini dan secara terbuka telah menyeru influencer dan usahawan mata wang kripto yang lain untuk menyertai misinya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img