Muar 4 Februari : Bersatu mencabar UMNO supaya berani meletakkan wajah dan menamakan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri Malaysia pada PRU15 kelak.
Cabaran itu dinyatakan oleh Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan semasa ceramah di Sembrong Johor.
Beliau melihat ada sesetengah pemimpin UMNO seperti Puad Zarkashi seperti tidak puas hati apabila PN menggunakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai wajah kepimpinan atau ‘poster boy’ di pilihanraya.
Wan Saiful mahu UMNO berani meletakkan Zahid sebagai wajah kepimpinan mereka, bukan Perdana Menteri Ismail Sabri.
“Kadang saya keliru Zahid ke Najib Razak Presiden UMNO”, kata beliau di laporan FMT yang membuktikan bahawa UMNO secara rasmi tidak berani meletakkan pemimpin tertinggi parti itu sebagai Perdana Menteri.