KUALA LUMPUR (31 Jan): Grab Holdings Ltd telah selesai pengambilalihan pegangan majoriti dalam Jaya Grocer Holdings Sdn Bhd, rangkaian pasar raya premium besar dan terkemuka di Malaysia.
Dalam satu kenyataan semalam, firma penghantaran terbesar di Asia Tenggara itu turut mengumumkan pelancaran GrabPay dan GrabRewards di semua outlet fizikal Jaya Grocer, untuk memperluaskan penggunaan dompet tanpa tunai Grab yang telah pun popular.
Menurut kenyataan itu lagi , pemilikan Jaya Grocer itu datang pada masa pertumbuhan pesat dalam perkhidmatan penghantaran barangan runcit atas talian. Sekatan pergerakan yang berpanjangan dan kebimbangan pengguna tentang keselamatan dan kebersihan telah membawa kepada ledakan dalam penggunaan membeli-belah runcit dalam talian.
Grab menambah bahawa sektor runcit dalam talian di Asia Tenggara dianggarkan berkembang kepada AS$50 bilion (RM209 bilion) dalam nilai kasar — ​​saiz keseluruhan pasaran e-dagang hari ini — pada kadar penembusan 10% iaitu sama dengan pasaran maju.
Mengulas mengenai pengambilalihan itu, ketua pegawai eksekutif kumpulan Grab dan pengasas, Anthony Tan berkata adalah visi syarikat untuk menjadikan barangan runcit atas permintaan secara online lebih mudah diakses oleh semua orang.
Beliau berkata, dengan menggabungkan semua rider dan keupayaan penghantaran atas permintaan mereka yang luas, dengan kehadiran pasaraya Jaya Grocer yang kukuh, Grab boleh menghantar produk berkualiti ini ke lebih banyak rumah dengan lebih pantas.
Grab yakin strategi ini akan mempercepatkan lagi pertumbuhan perniagaan penghantaran barangan runcit yang kini telah menjadi milik mereka.
Pada Disember tahun lepas, Grab dilaporakan telah membeli rangkaian pasar raya premium Jaya Grocer dalam urusniaga yang dikatakan bernilai sehingga RM1.8 bilion, sebagai sebahagian daripada pengembangannya ke dalam segmen runcit.