KUALA LUMPUR, 31 Jan — Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik hari ini menafikan dakwaan rasuah dan penyelewengan yang dituduh ke atasnya.
Beliau berkata cubaan membuat tuduhan rasuah terhadapnya dilakukan dengan niat jahat.
Menafikan semua salah laku, bekas menteri pendidikan itu mengalu-alukan siasatan daripada pihak berkuasa di mana beberapa minggu selepas dia dipanggil untuk disoal siasat di ibu pejabat polis Dang Wangi.
“Saya menafikan semua dakwaan terhadap saya ini.
“Saya melihat perkara ini sebagai cara untuk membunuh personaliti saya secara mala fide oleh pihak tertentu memandangkan pilihan raya negeri Johor semakin hampir.
“Saya mengalu-alukan semua dan sebarang penyiasatan terhadap saya kerana saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Saya hidup untuk memperjuangkan pendidikan yang lebih baik, nasib orang kurang upaya, rakyat Simpang Renggam dan untuk memelihara keutuhan negara saya,” kata ahli parlimen PKR itu dalam satu kenyataan hari ini.
Maszlee disoal siasat polis pada 14 Januari lalu kerana menghadiri majlis penyerahan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau mendakwa taktik ugutan digunakan terhadap kakitangannya oleh pegawai SPRM berikutan penglibatannya dalam demonstrasi terhadap ketua SPRM Tan Sri Azam Baki.
SPRM menafikan cuba menakut-nakutkan Maszlee dan berkata ia kini sedang menyiasatnya berikutan dua laporan yang dibuat terhadapnya.