spot_img
spot_img

UMNO Dungun tunjuk niat sebenar ?

spot_img

Dungun 7 Jan : Laungan ‘ Terengganu Rampas Kembali’ dihadapan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein mencetuskan kontroversi di sini berkenaan hubungan parti-parti politik yang bekerjasama dalam membentuk kerajaan negeri.

Laungan itu yang dikatakan diketuai oleh Dato’ Din Adam, Ketua Bahagian UMNO Dungun itu terjadi semasa lawatan Menteri Pertahanan ke kawasan banjir di Pasir Raja, Hulu Dungun semalam

- Advertisement -

(Klik foto di atas untuk video laungan)

Ia menjadi persoalan akan hubungan UMNO – PAS di negeri ini. Laungan itu dibuat walaupun Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar daripada Parti PAS hadir bersama pada majlis tersebut.

“Ini menunjukkan sikap sebenar UMNO Dungun khususnya masih terus berpolitik tanpa henti-henti, serta langsung tidak menghormati rakan sekutu Menteri Besar dari PAS yang kini memerintah bersama kerajaan negeri”, kritik Dato’ Abdul Aziz bin Ismail , Ketua Bahagian BERSATU Dungun.

- Advertisement -

(Dato’ Abdul Aziz bin Ismail)

Beliau juga mengingatkan UMNO Dungun bahawa kerajaan persekutuan yang dibina hari ini adalah hasil kesepakatan daripada beberapa parti politik di bawah Perikatan Nasional yang mana disertai juga PAS dan BERSATU.

“Saya harap selepas ini, Ketua Bahagian UMNO perlu lebih berhati-hati dalam membuat apa-apa tindakan dan mesti menghormati antara satu sama lain”, ujar Dato’ Abdul Aziz.

Dalam pilihan raya umum lalu, PAS memenangi 22 daripada 32 kerusi di DUN Terengganu mengalahkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang turut dianggotai oleh PPBM ketika itu.

Susulan penjajaran semula politik di Putrajaya pada Mac lepas, yang membawa kepada pembentukan kerajaan PN, 3 parti utama orang Melayu, iaitu PAS, Umno dan PPBM, membentuk gabungan politik baru termasuk pembentukan kerajaan Terengganu sekarang.

 

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img