spot_img
spot_img

Kejayaan 20 tahun matawang tunggal Eropah

spot_img

Bank Pusat Eropah meraikan ulang tahun ke-20 matawang euro ketika negara-negara anggota bergelut dengan kesan wabak Covid19 terhadap ekonomi. Kesatuan Eropah menjalin kerjasama kewangan tahap baru untuk membantu pemulihan.

Acara yang diadakan pada tengah malam Tahun Baru dengan paparan cahaya berwarna biru dan kuning, warna EU, yang dipamerkan di ibu pejabat pencakar langitnya di Frankfurt, Jerman.

Pengenalan wang kertas dan syiling di 12 negara Eropah pada 1 Januari 2002, merupakan usaha yang terbesar sejurus pengenalan matawang euro untuk tujuan perakaunan dan pembayaran elektronik tiga tahun sebelumnya, pada 1 Januari 1999. Hari ini, euro digunakan dalam 19 buah negara daripada 27 negara EU.

- Advertisement -

Pengenalan matawang euro itu dengan pantas menggantikan matawang Jerman, franc Perancis dan lira Itali. Pelanggan yang membayar dalam mata wang lama menerima pertukaran dalam euro di bawah kadar pertukaran tetap. Itu telah berjaya menghentikan mata wang lama daripada edaran apabila orang ramai membelanjakan baki wang negara mereka sehingga habis.

Presiden ECB (Europe Central Bank) Christine Lagarde berkata dalam video bahawa “euro telah menjadi mercu tanda kestabilan dan keteguhan di seluruh dunia, terima kasih kepada anda, ratusan juta rakyat Eropah yang mempercayainya, memberikannya kekuatan, keyakinan, dan berurusan dengannya setiap hari”.

Bank itu merancang untuk membentuk semula wang kertas itu, dengan keputusan mengenai rupa baru dijangka akan diumumkan pada 2024. Reka bentuk asal dengan tingkap generik, pintu dan jambatan daripada pelbagai era yang tidak mewakili mana-mana tempat atau monumen tertentu, akan diganti.

- Advertisement -

(Bentuk matawang euro pertama hingga kini – Sumber : Hippopx)

Euro telah melalui pasang surutnya sejak dilancarkan sebagai projek utama integrasi Eropah. Mata wang itu berdepan spekulasi ia akan berpecah semasa krisis berpanjangan berhubung hutang kerajaan dan bank antara 2011 dan 2015.

Ketua ECB Mario Draghi membantu menamatkan pergolakan pasaran dengan 26 Julai 2012, berjanji untuk “melakukan apa sahaja” untuk mengekalkan euro, diikuti dengan tawaran ECB untuk membeli hutang kerajaan negara yang menghadapi kos pinjaman yang berlebihan.

Di bawah pimpinan Lagarde kini, bank pusat itu menubuhkan program pembelian bon €1.85 trilion ($2.1tn) bertujuan untuk mengurangkan kos pinjaman untuk syarikat perusahaan supaya mereka dapat melalui cabaran wabak Covid19.

Sebagai tindak balas untuk mengatasi kesan Covid19, kerajaan Kesatuan Eropah telah mengambil langkah susulan ke arah integrasi ekonomi dan kewangan dengan bersetuju untuk meminjamkan wang bersama-sama untuk dana pemulihan EU Generasi Seterusnya sebanyak €807 bilion.

Dana itu bertujuan untuk menyokong pemulihan pasca-pandemik dengan membiayai projek yang membantu ekonomi yang mengurangkan pelepasan karbon dioksida untuk memelihara perubahan iklim, dan untuk menyokong peningkatan penggunaan teknologi digital.

Menteri Kewangan Ireland Paschal Donohoe, yang mengetuai panel menteri kewangan Eurogroup dari negara anggota, berkata bahawa mata wang itu “telah mengukuhkan asasnya sejak 20 tahun lalu. Ia terbukti kebolehannya dalam menangani cabaran besar dan krisis hebat”.

 

Foto : ABC News

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img