Pendang 27 Dis : Ketua Bersatu Pendang , Abd Razak Khamis mengkritik kerajaan dan sesetengah menteri sebagai “Yang lambat bertindak, yang tak nampak batang hidung, yang sekadar menunjukkan muka, yang mengunjungi mangsa banjir macam masuk pertandingan fesyen, yang melintas lalu dan hanya melambai, yang sibuk menampal gambar muka di bungkusan bantuan”, menurut kenyataan beliau di blognya.
Disebabkan ketidakcekapan pengurusan dan birokrasi yang menyebabkan kesusahan rakyat kini, beliau mempersoalkan bagaimana jika terjadi malapetaka lain yang lebih besar dan berapa ramai yang harus terkorban dan perlu menderita sebelum bantuan tiba.
“Kalau diturutkan hati mahu sahaja saya berkata padan muka”. Beliau merujuk kepada pihak yang dahulunya menuduh kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal.
Menurut Abdul Razak, kini pihak yang mengkritik itu menerima balasan hanya selepas beberapa bulan, mereka memerintah.
Kerajaan yang didokong oleh parti mereka sebagai penerajunya (UMNO) terbukti secara sah dan nyata sebagai gagal, tegas beliau di dalam penulisannya.
“Di mana orang-orang yang menjerit dan memekik itu sekarang? Najib Razak, Zahid Hamidi, Asraf Wajdi, Puad Zarkashi, Khaled Nordin, Shahrir Samad dan beberapa ekor lagi yang seperangai (serupa) dengan mereka? Kenapa tak jerit pekik pula kata kerajaan sekarang ini gagal? Kenapa tak ugut untuk tarik sokongan?“
Beliau juga memuji rakyat Malaysia kerana lebih bijak menyelesaikan masalah bencana ini.
foto : Facebook Abdul Razak Khamis