spot_img
spot_img

Kadar kitar semula meningkat di tahun 2021 – Reezal Merican

spot_img

PUTRAJAYA (17 Dis): Kadar Kitar Semula Kebangsaan telah meningkat kepada 31.52% tahun ini, berbanding 30.7% tahun lepas, dengan bahan kitar semula mencecah 4.3 juta tan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

“Ini memberi petunjuk positif bahawa tahap kesedaran kitar semula di negara ini semakin meningkat,” katanya ketika berucap merasmikan acara Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) 2021 di sini pada Jumaat (17 Dis).

Kementeriannya sebelum ini menetapkan sasaran Kadar Kitar Semula Kebangsaan sebanyak 40% menjelang 2025 sebagai salah satu usaha lain untuk mengurangkan jumlah sisa di tapak pelupusan sampah awam.

- Advertisement -

Reezal Merican berkata kementeriannya kini sedang menggubal dasar pengurusan sisa pepejal ke arah ekonomi kitaran yang menekankan amalan Penggunaan dan Pengeluaran Mampan (SCP).

“Pengurusan sisa pepejal yang cekap selaras dengan pengurusan sisa yang sedia ada boleh mengurangkan isu peningkatan kos pengurusan sisa pepejal,” tambahnya.

Menteri itu berkata inisiatif Komuniti Sisa Sifar (ZeComm) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah mengumpul sisa kitar semula berjumlah 122,592 kilogram (kg), dan sisa makanan berjumlah 25,696 kg mulai 2019 hingga kini, dan ia akan diperluaskan untuk menarik lebih banyak penyertaan daripada masyarakat.

- Advertisement -

Tambahnya, inisiatif yang diambil adalah membantu warga PPR merawat sisa makanan dan menjual barangan kitar semula sambil memperoleh mata wang yang boleh ditebus.

Reezal Merican juga menyatakan bahawa sebanyak 654 prasekolah dan 2,129 sekolah rendah dan menengah telah melaksanakan modul berkaitan kitar semula.

Beliau berkata KPKT akan mengembangkan kerjasama sinergi dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti kitar semula secara sukarela dan menyertai program Kampus Hijau.

“Kitar semula bukan usaha perseorangan. Sebab itu saya minta pendekatan rangkaian dengan rakan strategik dipergiatkan,” tambahnya.

Sumber : Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img