spot_img
spot_img

Lewis Hamilton menerima gelaran Sir

spot_img

London 15 Dis : Sir Lewis Hamilton secara rasmi menerima gelaran kesatrianya daripada Putera Wales di Istana Windsor pada hari ini.

Pelumba yang berusia 36 tahun itu dianugerahkan gelaran kesatria dan gelaran yang terhasil dalam senarai Kepujian Tahun Baharu 2021 selepas menyamai rekod pelumba Michael Schumacher dengan Kejuaraan Dunia Formula 1 ketujuhnya.

Pemandu Mercedes AMG Petronas itu juga terlepas rekod kejuaraan kelapan musim ini selepas menamatkan musim F1 di Abu Dhabi dibelakang Max Verstappen yang merangkul kejuaraan buat kali pertama. Tetapi Hamilton dikhabarkan akan kembali untuk mencuba dan memecahkan rekod pada 2022 bersama rakan sepasukan baru iaitu George Russell.

- Advertisement -

Pasukannya juga dikenali sebagai The Silver Arrows bagaimanapun meraih rekod kejuaraan pembina kenderaan kali kelapan berturut-turut dengan Hamilton menduduki tempat kedua dan Valtteri Bottas di tempat keenam selepas kejuaraan pada hari itu adalah milik Verstappen.

Hamilton muncul di Istana Windsor bersama ibunya Carmen, yang menyaksikan anaknya menjadi pemandu Formula 1 keempat dalam sejarah untuk dinobatkan sebagai kesatria, sebelum ini ialah Sir Jackie Stewart, Sir Stirling Moss dan Sir Jack Brabham.

Hamilton juga bersedia untuk menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah FIA akhir musim di Paris pada hari Khamis ini bersama juara yang baru dinobatkan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img