spot_img
spot_img

EU mahu lebih kuat di bawah pengerusi baru

spot_img

PARIS, 10 Dis — Presiden Emmanuel Macron berikrar bahawaPerancis akan berusaha ke arah Kesatuan Eropah yang kuat dan “berdaulat” apabila ia mengambil alih jawatan presiden EU yang dekat dengan pilihan raya presiden Perancis.

Macron, yang menggambarkan dirinya sebagai pejuang demokrasi yang menentang kuat pengaruh populisme, mungkin berhasrat untuk menggunakan mandat EU selama enam bulan itu untuk mengisi jurang di dalam kepimpinan Eropah yang ditinggalkan oleh Canselor Jerman Angela Merkel, kata penganalisis.

Tetapi presiden Perancis itu yang dipilih pada tahun 2017 menuntut pembaharuan di kedua-dua pihak iaitu Perancis dan Eropah, juga akan menghadapi cabaran di negara sendiri untuk dipilih semula sebagai Presiden pada April tahun depan walaupun beliau kini kekal sebagai pilihan yang popular buat masa ini.

- Advertisement -

Matlamat Perancis adalah untuk membawa Eropah untuk menjadi benua yang terkuat di dunia, berdaulat sepenuhnya, bebas dalam pilihannya dan bertanggungjawab ke atas masa depannya sendiri.

“Berdepan dengan semua krisis yang melanda Eropah kini, ramai pemimpin hanya ingin bergantung dan menjaga negara masing-masing. (Sebenarnya) Negara-negara ini adalah kekuatan kita, kebanggaan kita, tetapi perpaduan Eropah adalah pelengkap yang amat diperlukan kita,” katanya. “Kita mesti bertindak seperti orang Eropah, kita mesti berfikir seperti orang Eropah.”

Beliau menyeru mekanisme baharu untuk melindungi sempadan EU, dengan beribu-ribu pendatang mula berkumpul di sempadan antara Belarus dan Poland dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

- Advertisement -

Perancis akan mendesak pembaharuan bagi perjalanan tanpa pasport antara 26 negara di Eropah. Kawasan-kawasan di mana semua orang boleh bebas bergerak tanpa passport pengenalan bila memasuki negara-negara lain di Eropah di panggil Schengen.

“Schengen adalah kawasan yang telah menjadi huru-hara,” kata Macron. “Kerana ancaman pengganas, kerana ketegangan penghijrahan dan kerana panik kesihatan. Adakah ia mesti berkekalan begini ? Saya tidak fikir begitu.”

Macron, yang dijadual bertemu Canselor Sosial Demokrat Jerman Olaf Scholz pada hari Jumaat, juga berkata EU harus mempertimbangkan semula peraturan defisit bajetnya yang ketat kerana kerajaan berbelanja besar untuk menyelamatkan ekonomi mereka daripada kesan sekatan Covid.

Perancis akan mendesak untuk “memikirkan semula” peraturan yang termasuk permintaan untuk defisit kekal di bawah 3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), katanya.

Beralih kepada isu alam sekitar, beliau berkata bahawa Perancis akan mencadangkan mekanisme EU baharu untuk menghalang import produk pertanian dari kawasan yang ditebang apabila Paris mengambil alih kepimpinan Majlis Eropah.

“Kami juga akan memajukan rundingan mengenai penciptaan instrumen Eropah untuk menentang penebangan hutan yang diimport, yang akan bertujuan untuk mengharamkan import soya, daging lembu, minyak sawit, koko dan kopi kepada Kesatuan Eropah apabila ia menyumbang kepada penebangan hutan,” kata Macron. .

Beliau berkata Perancis akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak EU luar biasa pada 10 Mac dan 11 Mac tahun depan di Paris, hanya sebulan sebelum pengundian presiden.

Beliau juga menuduh kerajaan Perdana Menteri UK Boris Johnson gagal memenuhi janjinya mengenai Brexit, tetapi berkata beliau bersedia untuk berunding semula dengan niat yang baik.

“Masalah dengan kerajaan British ialah ia tidak melakukan apa yang dikatakannya,” kata Macron, sambil menambah bagaimanapun “ada kemajuan” dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan Perancis mahukan kerjasama penuh dengan London.

Presiden Perancis dilantik menjadi Pengerusi EU dibuat selepas Macron berang dengan Amerika Syarikat, Britain dan Australia pada September lalu selepas mereka menandatangani perjanjian keselamatan baharu yang dipanggil AUKUS yang menyebabkan Australia membatalkan pembelian kapal selam Perancis.

Macron masih belum mengisytiharkan secara rasmi beliau akan bertanding dalam pilihan raya walaupun dijangka akan berbuat demikian. Dalam sidang akhbar itu, beliau enggan mendedahkan mengenai isu itu.

Tinjauan baru-baru ini telah menyaksikan lonjakan mendadak bagi pencabar sayap kanan The Republicans, Valerie Pecresse selepas beliau secara rasmi dinamakan sebagai calon mereka.

“Mungkin dasar Perancis akan berubah pada 24 April (tarikh pilihan raya pusingan kedua)… tetapi yang pasti Perancis akan kekal sebagai Perancis,” katanya.

 

 

Dipetik : AFP

Foto : Luminae Group

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img