spot_img
spot_img

Tidak berbaloi $35 juta untuk bekerja sehari sahaja

spot_img

Bak kata pepatah, setiap orang ada harganya. Tetapi mungkin tidak bagi superstar Hollywood, aktor George Clooney. Dalam temu bual terbarunya dengan The Guardian, pelakon dan produser filem itu mendedahkan dia menolak kontrak iklan lumayan di mana tiada siapa yang waras mungkin akan menolaknya.

“Saya ditawarkan $35 juta untuk kerja sehari sahaja bagi iklan penerbangan,” kata Clooney, yang selalu muncul dalam iklan yang menguntungkan pada masa lalu. Selama dua dekad, dia sentiasa mendapat tempat dalam iklan cetak dan TV seperti kopi Nespresso, sebuah kontrak iklan yang dilaporkan bernilai $40 juta. Tetapi dalam kontrak pengiklanan ini, Clooney mendapati dirinya teragak-agak untuk melakukannya bagi syarikat penerbangan komersial tersebut.

Dan selepas berbincang dengan isterinya, yang merupakan peguam hak asasi manusia yang disegani, Amal Clooney, bintang berusia 60 tahun itu menolak tawaran iklan tersebut. “Kami memutuskan ia tidak berbaloi,” jelasnya. “Ia adalah [dikaitkan dengan] sebuah negara (tidak menghormati hak asasi manusia), walaupun ia adalah sekutu (bagi Amerika Syarikat), kadangkala (tindak-tanduk negara sekutu itu) boleh dipersoalkan, jadi saya fikir: “jika ia mengganggu waktu tidur saya walaupun seminit, ia sangat tidak berbaloi”.

- Advertisement -

Sebenarnya, Clooney sudah cukup kaya raya kerana dua sumber kewangannya adalah dalam industri perfileman dan perniagaan tequila (sejenis arak). Pada 2017, dia menjual syarikat tequilanya, Casamigos, dalam urus niaga bernilai hampir bilion dolar. Dia juga kerap muncul dalam senarai tahunan selebriti yang menerima bayaran tertinggi, dan Business Insider menganggarkan bahawa dia memperoleh hampir $28,000 untuk setiap jam masanya pada tahun 2018.

Walaupun dengan pendapatan yang menarik perhatian itu, Clooney terus menunjukkan sikap yang merendah diri. Dalam temu bualnya dengan The Guardian, dia menyatakan bahawa dia dan isterinya hanya mempunyai pengasuh sambilan untuk menjaga anak kembar mereka. “Kami mempunyai pengasuh empat hari seminggu dan selebihnya hanya kami menjaga anak-anak. Dan semasa perintah berkurung (sewaktu covid19), kami bersama anak-anak selama setahun penuh! Saya berasa seperti ibu saya (menjaga saya) pada tahun 1964, mencuci pinggan dan enam kali mencuci pakaian sehari. “

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img