Larkin 12 Nov : Ucapan bekas Perdana Menteri yang digelar Abah iaitu Tan Sri Mahiadin Yasin di platform Pentas PRN Melaka semalam disambut sinis oleh veteran UMNO Johor, Tan Sri Shahrir Samad.
Semalam, bekas Perdana Menteri Malaysia itu berkata, atas sifat prihatinnya, kerajaan negeri Johor yang kini dipimpin UMNO/BN tidak ditumbangkan oleh PPBM. Tan Sri Mahiadin menambah di pentas itu bahawa jika ada satu atau dua ADUN Bersatu menarik sokongan dari kerajaan Johor sekarang, pastinya kerajaan negeri akan tumbang dan PRN Johor boleh diadakan.
Bekas ahli parlimen Johor Bharu yang tewas pada pilihanraya ke 14 lalu berkata di posting FB ; “Nak tarik sokongan supaya ada juga PRN Johor ? Silalah. UMNO Johor tetap bersedia. Kami tetap menghormati mandat rakyat.”
Dalam posting berkenaan, beliau berkata bahawa dua Menteri Besar dari Bersatu sebelum ini, telah gagal, sebab itu kini jawatan Menteri Besar dimiliki UMNO.
”Kalau ada yang layak dikalangan ADUN PPBM, tentu tidak terlepas jawatan itu kepada UMNO/BN”, katanya.
Menteri Besar Johor sekarang ialah Dato’ Ir. Hasni Mohammad. Beliau menjadi menteri besar Johor yang ke 18, setelah dua Menteri Besar dari parti Bersatu meletak jawatan; Dato Osman Sapian dan Dato Sahruddin bin Jamal pula terpaksa meletak jawatan selepas kerajaan PH tumbang di Johor.
*Gambar hiasan PRN Sabah bagi mengingatkan.