spot_img
spot_img

Baucar RM100 pelancongan negeri Johor

spot_img

ISKANDAR PUTERI (2 Nov): Kerajaan Johor akan menawarkan sejumlah 15,000 baucar bernilai RM100 kepada pelancong domestik dalam usaha merancakkan sektor pelancongan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM1.5 juta untuk tujuan itu dan pelancong boleh mula menuntut baucar daripada aplikasi Pusat Pelancongan Johor (JTI – Johor Tourism Interchange) pada Jumaat ini.

“Orang ramai di seluruh negara harus merebut peluang untuk menuntut 15,000 baucar dan aplikasi itu tersedia untuk pengguna Android dan iOS,” katanya dalam sidang media di sini pada hari Selasa.

- Advertisement -

Katanya, kerajaan negeri juga bercadang untuk melanjutkan program itu pada tahun depan sekiranya mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai.

Aplikasi JTI direka khas untuk memaparkan tarikan dan kemudahan pelancongan di negeri ini termasuk penerangan tempat-tempat menarik, sistem navigasi, galeri foto-foto tempat ikonik di Johor dan pelbagai lagi.

Sementara itu, Onn Hafiz berkata setakat ini, ketibaan pelancong ke negeri ini sejak penarikan balik larangan perjalanan rentas negeri telah membantu memulihkan industri pelancongan tempatan.

- Advertisement -

“Ramai yang sudah mula datang ke Johor terutamanya ke Johor Bahru, Iskandar Puteri, Desaru Kota Tinggi dan Muar. Kadar penginapan di hotel juga meningkat,” tambahnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img