Banyak amaran atau kesedaran dipergiatkan mengenai kerosakan besar yang akan berlaku akibat perubahan iklim di dunia pada masa akan datang, syarikat-syarikat besar telah mula membuat komitmen untuk mengurangkan pelepasan karbon.
Persoalannya, adakah syarikat-syarikat ini membuat percubaan dengan ikhlas untuk memerangi pemanasan global, atau sekadar “greenwashing” (mencuci jenama mereka supaya mesra alam) jenama mereka untuk cuba mengalihkan kritikan sambil masih mengaut keuntungan besar daripada industri berasaskan karbon mereka?
Dengan sidang kemuncak COP26 di Glasgow diadakan selepas PBB memberi amaran bahawa dunia sedang menuju ke arah “malapetaka iklim”, analisis oleh perunding dan badan pemikir menunjukkan masih banyak lagi yang perlu dilakukan.
Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA – International Energy Agency) mengatakan bahawa banyak industri menyumbang hampir 40 peratus daripada penggunaan tenaga dunia dan mereka masih menggunakan bahan api fosil: minyak, gas, terutamanya arang batu, yang semuanya menjadi penyumbang terbesar kepada pemanasan global.
IEA berkata bahawa “beberapa syarikat di seluruh dunia telah menetapkan sasaran yang bercita-cita tinggi, tetapi kesannya diragui”.
Daripada 1,300 syarikat yang ditinjau oleh Boston Consulting Group, hanya 11 peratus berkata mereka telah mencapai sasaran pelepasan karbon mereka dalam tempoh lima tahun yang lepas. Tetapi hanya 9% sebenarnya yang mencapai sasaran mereka.
Kumpulan pemikir InfluenceMap yang mengikuti objektif sasaran penjagaan iklim ratusan syarikat, telah mendapati hanya 15 sahaja yang betul-betul mengutamakan penjagaan alam sekitar – bebas karbon.
Dua belas daripada 15 syarikat itu adalah dari benua Eropah, termasuk Unilever, Ikea, Nestle dan pengeluar kenderaan elektrik terbesar dari Amerika Syarikat, Tesla antara segelintir pemain industri yang menggunakan pengaruh korporat mereka untuk mempengaruhi dasar bebas karbon yang bercita-cita tinggi.
Sumber dari InfluenceMap berkata bahawa “sebahagian besar dunia korporat kelihatan masih secara aktif menentang tindakan pembaikan iklim yang drastik”.
Bilangan syarikat yang ingin menyasarkan pengurangan pelepasan karbon kepada “sifar” pada masa depan telah meningkat lebih daripada enam kali ganda sejak 2019, menurut laporan Julai lalu.
Walau bagaimanapun, frasa “sifar karbon” boleh dimanipulasi pada banyak kaedah ukuran pelepasan, bergantung pada cara syarikat memilih untuk mentakrifkannya.
Banyak firma telah berkata pelepasan langsung mereka akan mencecah sifar bersih dalam dekad akan datang — tetapi bergantung kepada apa yang mereka hasilkan, pelepasan tidak langsung mereka mungkin jauh lebih besar.
Sebagai contoh, pengeluar minyak utama boleh melakukan pelepasan sifar karbon tetapi pengiraan itu tidak termasuk kesan pelepasan karbon yang besar hasil daripada produk minyak yang mereka hasilkan.
“Offset karbon” seperti sokongan untuk projek penanaman semula hutan juga boleh disalahgunakan untuk menurunkan angka ke arah sifar.
Walau bagaimanapun untuk peralihan yang selaras dengan sasaran perjanjian iklim Paris, syarikat boleh mendapat pensijilan oleh inisiatif Sasaran Berasaskan Sains, yang menghimpunkan pakar, NGO dan UN Global Compact.
– ‘Cucian Hijau’ (Greenwashing) –
Terdapat juga langkah yang boleh diambil oleh sektor kewangan untuk membantu inisiatif ini, termasuk pengawalan yang lebih baik terhadap prestasi persekitaran pelaburan yang dilabelkan sebagai bebas karbon.
Daripada 16,500 dana pelaburan yang dianalisis oleh Projek Pendedahan Karbon, hanya 0.5 peratus pada masa ini selaras dengan matlamat perjanjian Paris.
“Realitinya strategi pelaburan kepada perubahan iklim yang lebih baik tidak berapa memenuhi janji,” menurut kajian oleh pengerusi penyelidikan beta saintifik kampus perniagaan Edhec Perancis yang membidas “pencucian hijau”.
Apabila bercakap mengenai industri bahan api fosil, Pengarah Eksekutif IEA Fatih Birol berkata setakat ini perhatian hanya diberikan kepada syarikat tenaga Amerika dan Eropah, tetapi pengeluar di seluruh dunia juga perlu diberi tekanan.
“Semua syarikat ini harus melaporkan secara telus berapa banyak pelaburan yang mereka lakukan untuk tenaga bersih, berapa banyak pelepasan yang mereka bertanggungjawab dan apakah rancangan mereka untuk menghadapi perkara ini,” kata Birol kepada AFP.
Sambil mengatakan bahawa “pencucian hijau” telah menimbulkan satu cabaran baru, beliau menambah bahawa IEA telah menjejaki bagaimana syarikat-syarikat ini melabur dalam tenaga bersih.
“Dua tahun lalu, satu peratus daripada semua pelaburan mereka akan membersihkan tenaga, dan tahun ini lima peratus. Jadi ada peningkatan,” kata Birol.
“Tetapi 95 peratus masih meneruskan amalan biasa mereka”.