Petaling Jaya : Utusan Malaysia adalah akhbar pertama tanahair yang ditubuhkan pada tahun 1939. Waktu itu mediumnya adalah dalam bahasa Jawi.
Pada 9 Oktober 2019, operasi akhbar bersejarah itu ditutup hanya selepas Aurora Mulia, yang merupakan syarikat Tan Sri Syed Al-Bukhary memperoleh saham terbesar dalam Utusan.
Pada 20 Julai 2020, Utusan kembali beroperasi semula. Daripada menjadi wadah akhbar nasional, kini Utusan bertukar menjadi sebuah tabloid (menurut Wikipedia; berita-tular tidak berjaya menerima komen Utusan).
(Kini Utusan adalah akhbar tabloid)
Utusan mempunyai pengikut mereka yang telah berusia. Pastinya pengikut ini berasa janggal dengan berita-berita yang disajikan terutamanya di platform online Utusan. Mungkin Utusan perlu menarik pembaca muda . Namun agak merugikan kerana pendekatan menarik pembaca adalah sama seperti media arus alternatif.
Utusan mengikut rentak aliran media alternatif yang lebih utamakan isu yang boleh menjadi sensasi dan berita viral. Berita-berita yang boleh ‘panas’ , yang akan mengundang komen positif mahupun negatif dari netizen, akan disiarkan oleh Utusan.
Paling terbaru, kekecewaan dari netizen dapat dilihat apabila Utusan menaikkan artikel dan foto isteri kepada seorang aktor. Artikel dan gambar tersebut mengundang banyak response negatif dari netizen .
(Netizen kecewa apabila aib seorang isteri pelakon disiarkan menurut mereka)
Para pembaca Utusan mengharapkan lebih daripada berita-berita sensasi seperti itu kerana di negara ini, telah banyak portal-portal independent yang suka menyiarkan berita-berita viral.
Utusan seharusnya tidak turut serta di dalam segmen ini. Utusan harus menjadi pembimbing dan pembina ilmiah tatapan minda rakyat Malaysia. Utusan mempunyai sejarah yang panjang dan sangat berjasa kepada negara. Amat malang apabila kita melihat berita-berita yang ada di dalam Utusan Online , Kosmo tidak ubah seperti yang ada di portal-portal ‘tular’ dan sensasi lain.
(Antara luahan netizen)
Adakah ini trend penulisan berita negara, terutamanya dalam aliran Bahasa Melayu ? Adakah untuk mendapat berita yang baik, hanya terdapat di aliran media berbahasa Inggeris ? Ini akan menjauhkan lagi perbezaan tahap intelektual ruang pemikiran orang Melayu, terutamanya yang merupakan majoriti pembaca Utusan berbanding pembaca media aliran Inggeris di negara ini.
(Berita-berita sensasi mengaibkan tidak harus dijadikan keutamaan di dalam akhbar berstatus perdana)
Rakyat Malaysia memerlukan berita inspirasi, kemajuan, wawasan dan isu-isu rakyat untuk diketengahkan. Mungkin berita-berita sebegini tidak akan menarik viewers atau likes yang tinggi untuk menarik pengiklan.
(Antara luahan netizen)
Penulis berpendapat, media negara ini perlu lebih banyak memainkan peranan bagi meningkatkan ilmu kepada para pembaca. Akhbar seperti Utusan mampu melakukan lebih baik dari sekadar mengikuti langkah arus media alternatif untuk menjadi popular. Jadilah lidah media arus perdana yang utama seperti dahulu.
*Pandangan peribadi seorang contributor artikel berita-tular (Universiti Sains Malaysia)