spot_img
spot_img

Transaksi digital melonjak tinggi semasa Covid19

spot_img

KUALA LUMPUR (21 Sept): Pandemik Covid19 telah mengubah kaedah lama bagaimana perniagaan dan individu memperoleh keuntungan, membeli-belah, belajar dan bermain, dengan urus niaga digital meningkat, menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam ucaptama pembukaannya di Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan Malaysia 2021, Tengku Zafrul menekankan bahawa hanya dalam satu tahun hingga Jun 2021 :

-jumlah e-wallet meningkat 89% kepada 468 juta transaksi;
-penyertaan pedagang untuk pembayaran QR melonjak 57% kepada satu juta pendaftaran; dan
-jumlah perbankan dalam talian meningkat 36% kepada 12.1 bilion transaksi.
Namun, beliau juga melahirkan kebimbangan yang varian baru lebih berbahaya dan mungkin mengancam komuniti dan ekonomi.

- Advertisement -

“Walaupun menghadapi cabaran ini, saya optimis kita berada di puncak pemulihan,” katanya.

Menangani sektor perbankan, Tengku Zafrul mendesak institusi kewangan di Malaysia untuk mengikuti Prinsip Inisiatif Kewangan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menjadi Bank Bertanggungjawab ke arah baik pulih seiring bersama dengan pemulihan ekonomi negara.

Beliau mengatakan bahawa industri perbankan mesti berperanan dalam agenda iklim dan kelestarian.

- Advertisement -

“Sebagai penggerak modal, industri perbankan adalah kunci dalam memudahkan peralihan syarikat ke arah lebih praktikal untuk rendah karbon. Ini dapat dilaksanakan melalui pembiayaan dan pelaburan untuk melawan wabak, untuk menyokong penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui, berteknologi baru atau norma baru berniaga,” katanya.

Beliau menyatakan bahawa pada peringkat global, 45% industri perbankan global telah mendaftar di Environmental Programme Finance Initiative’s Principles for Responsible Banking, di mana 44 daripadanya telah membentuk Net-Zero Banking Alliance, yang merancang untuk decarbonise sepenuhnya portfolio pinjaman mereka.

“Saya mendesak lebih banyak institusi kewangan di negara kita untuk mengikut langkah ini, yang akan meningkatkan perniagaan mereka selari dengan objektif Sustainable Development Goals (SDG) dan Perjanjian Paris.

“Ini bagi memastikan integrasi kelestarian yang mendalam pada semua bidang perniagaan bank dari membuat keputusan yang strategik, kredit dan perolehan,” tambahnya.

Tengku Zafrul berkata, usaha seperti ini pastinya akan melengkapkan usaha SDG Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu dalam Belanjawan tahunannya.

“Bermula dengan Belanjawan 2021, ciri-ciri ini akan dilanjutkan dalam Belanjawan 2022, bersama inisiatif yang lebih luas seperti Rancangan Malaysia ke-12 (SDK 12) yang diselaraskan oleh SDG dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” tambahnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img