Kuala Lumpur : Semalam, mahkamah rayuan kekalkan keputusan mahkamah tinggi untuk tolak permohonan lucut hak 9 responden.
Mahkamah kata pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan ianya adalah duit 1MDB ataupun dari aktiviti haram.
Memang bukanpun wang 1MDB sebab dana yang disebut RM2.6b itu sudah dipulangkan kepada penghantar 4 bulan selepas diterima.
Yang saya terima adalah dana sekurangnya RM642 juta yang dipindah terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi untuk kegunaan sesuka hati saya.
Itupun saya tak guna untuk peribadi saya tetapi telah diagihkan untuk kerja CSR secara terus ataupun melalui progran-program parti politik.
9 entiti yang ditolak mahkamah rayuan
(1) UMNO Pahang,
(2) Habib Jewels,
(3) Umno Kedah
(4) ibu pejabat Umno
(5) Wanita MCA (RM300,000)
(6) Binsabi Sdn Bhd
(7) Perano Sdn Bhd
(8) Hattatex Trading
(9) K&Z Enterprise Sdn Bhd
Antara kes-kes lucut hak kerajaan yang juga ditolak mahkamah sejak tahun 2019 termasuk:
– Jun 2020: Mahkamah tolak lucut hak wang Jakel dan BN Johor Bahru
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/587695/mahkamah-tolak-lucut-hak-wang-jakel-dan-bn-johor-bahru
– 11 Jun 2020: Kerajaan kalah kepada Yayasan Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia (PBAKM)
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/06/699026/kerajaan-gagal-lucut-hak-rm100000-dari-akaun-yayasan-pbakm
– “Ogos 2020: SPRM Gagal Lucut Hak Wang Dikait 1MDB Dari SUPP”
http://www.pnbbcportal.com/2020/08/19/sprm-gagal-lucut-hak-wang-dikait-1mdb-dari-supp/
– “Sept 2020: SPRM gagal lucut hak RM700,000 milik UMNO Pekan”
https://www.kosmo.com.my/2020/09/17/sprm-gagal-lucut-hak-rm700000-milik-umno-pekan/
-“Feb 2021: Permohonan lucut hak RM677,872.55 milik UMNO Johor ditolak”
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/permohonan-lucut-hak-rm67787255-milik-umno-johor-ditolak-284228
– “1 Mac 2021: SPRM gagal lucut hak wang RM2.7 juta milik UMNO Selangor”
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sprm-gagal-lucut-hak-wang-rm27-juta-milik-umno-selangor-285423
– 20 Mei 2021: Kerajaan gagal lucut wang RM114 juta milik Najib, UMNO
https://www.kosmo.com.my/2021/05/20/kerajaan-gagal-lucut-wang-rm114-milik-najib-umno/
Ini bermakna hampir 100% kes lucut hak yang dikenakan kerajaan PH dahulu sudah kalah.
Jabatan Peguam Negara masa BN hanya akan mendakwa sekiranya kebarangkalian untuk menang kes adalah melebihi 90%.
Tetapi selepas PRU14 pula, hampir 100% kes lucut hak yang dikenakan peguam negara kerajaan PH dahulu sudah kalah.
Ini bermaksud masa dan wang jabatan peguam negara serta mahkamah sudah dibazirkan.
Dan ianya jelas menunjukkan ada unsur salah guna kuasa berdasarkan politik untuk menyusahkan pihak lawan.
Ianya amat senang untuk Jabatan Peguam Negara untuk membeku dan mendakwa berpuluh-puluh pihak walaupun kes sangat lemah tetapi pihak yang didakwa pula perlu tanggung kos guaman, penghinaan serta masa yang bertahun lamanya untuk membela diri.
Saya percaya kadar kekalahan kes lucut hampir 100% akan menjadi antara isu yang akan disiasat sekiranya berlangsungnya RCI untuk pendedahan buku Tommy Thomas bahawa campur tangan politik.
NOTA: Ada juga beberapa kes lucuthak di mana kerajaan berjaya sebab ianya melibatkan agensi kerajaan sendiri seperti Yayasan Penyelidikan Transformasi, Yayasan GENIUS (Permata), Yayasan Tun Hussein Onn dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) ataupun responden-responden lain yang malas untuk lawan dalam mahkamah sebab rasa ianya lebih murah untuk kerajaan lucut hak sahaja berbanding kos guaman.