spot_img
spot_img

PN 2.0 atau UMNO 2.0 ?

spot_img

Kuala Lumpur 27 Ogos : Pengunguman Jemaah Menteri Kabinet yang baru adalah pengunguman perubahan tempat dan portfolio sahaja. Ahli-ahli UMNO di akar umbi sudah menyebut ini adalah kerajaan PN 2.0 , manakala ahli-ahli BERSATU berkata ia adalah kerajaan UMNO 2.0. Ini kerana ramai ahli-ahli UMNO yang ‘menyeberang’ ke BERSATU berada di situ.

Di dalam politik banyak andaian boleh difikirkan. Andaian di dalam penulisan pendapat ini ialah, mungkin ini adalah untuk mempersiapkan diri Ismail Sabri bagi memiliki jawatan Presiden UMNO. Menarik semula sokongan ahli-ahli parlimen yang bersama beliau semasa kerajaan PN lalu, atau ingin mempelawa kembali ahli-ahli Parlimen Bersatu untuk kembali semula kepada UMNO. Ia pembacaan yang masuk akal juga.

Imej pada parti BERSATU, mereka telah menghampakan seluruh rakyat Malaysia yang keluar mengundi pada Pilihanraya yang ke 14 lalu. Apabila kedua-dua Perdana Menteri BERSATU tidak mampu mempertahankan jawatan mereka, maka parti yang kalah sebelum ini kembali berkuasa.

- Advertisement -

Bukanlah kerana UMNO itu kuat. Mereka juga terbahagi kepada beberapa kumpulan. Tetapi Pakatan Harapan tidak mampu lagi berpakat. Liabiliti pada Anwar Ibrahim adalah DAP. Melayu tidak akan bersama DAP. BERSATU telah kena tempiasnya, apabila hanya 22 bulan memerintah.

Pada BERSATU, jangan lagi menyebut anda pejuang asal atau tidak, ia tidak menjamin kekuatan. Anda harus popular di dalam parti dan di luar parti, atau mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin besar atau mempunyai ‘numbers’ ahli parlimen yang bersama anda. Jika anda ada kontroversi pun, tetapi memiliki salah satu yang disebut tadi, anda selamat. Jika tidak, anda akan terkeluar di dalam persaingan. Inilah yang terjadi kepada beberapa Menteri yang gugur, tidak dilantik semula termasuk ahli Parlimen Alor Gajah dari BERSATU, Pak Wan.

Kabinet ini akan kekal hingga pilihanraya ke 15. Rakyat Malaysia perlu hadap jemaah Menteri yang sama, yang mana akar umbi UMNO gelarkan kerajaan gagal 2.0. Perdana Menteri memberikan 100 hari pada menteri-menteri baru untuk meningkatkan KPI (key performance index) mereka. Jangkaan anda ?

- Advertisement -

Alif Suhaimi (Universiti Sains Malaysia)

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img