spot_img
spot_img

Bersatu mesti isi kementerian yang ditinggalkan UMNO

spot_img

Dua menteri UMNO telah meletakkan jawatan di dalam kabinet Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin di dalam ‘perlawanan politik’ dua minggu ini. Perikatan Nasional telah dan masih menunjukkan semangat perpaduan yang jitu kepada UMNO. Buktinya kerajaan Negeri Johor masih tidak ditarik sokongan oleh Bersatu. Lebih ‘mulia’ dari itu, kerajaan negeri Perak masih disokong Perikatan Nasional walaupun bekas Menteri Besar Perak yang dahulunya dari Bersatu digulingkan begitu sahaja oleh UMNO.

Persoalan sekarang, apakah Perdana Menteri masih mahu menghulurkan tangan untuk memberi lagi kedudukan itu kepada UMNO. Kini kelebihan berada kepada Bersatu. Jika kelebihan ini masih tidak digunakan bagi masa depan kepimpinan Bersatu dan ahli-ahlinya, masalah yang sama akan tetap berlaku.

Ya, mungkin ada yang berharap UMNO akan berubah, tetapi menurut bancian, akar umbi Bersatu mempunyai pandangan yang berbeza. Jika mereka mengharapkan hasil yang berbeza, tetapi kaedah dan tindakannya tetap sama, mereka adalah orang yang ‘gila’- kata pemikir dahulu kala.

- Advertisement -

Ini adalah masanya untuk melantik bakal pemimpin Bersatu bagi menerajui kementerian-kementerian yang ditinggalkan UMNO itu. Jika pucuk pimpinan ikhlas inginkan kesinambungan kepimpinan Bersatu yang kuat, pastikan pemimpin Bersatu yang berkelayakan berada di kementerian-kementerian tersebut. Tujuannya supaya dengan perlantikan itu, ia dapat memberi kelebihan kepada Bersatu di Pilihanraya Umum yang ke 15 kelak.

Masyarakat akan lebih cenderung memilih wakil rakyat mereka yang mempunyai kelebihan kuasa dan suara di kabinet. Baik untuk kawasan mereka. Ini akan memastikan kemenangan calon Bersatu itu apabila mereka bertanding sebagai penyandang menteri.

Dana dan gerak kerja yang lancar dapat disalurkan di kawasan yang ingin ditandingi jika seseorang calon Bersatu itu bertaraf menteri. Bersatu selalu mendengar keluhan dari jenteranya sebagai parti yang tidak mempunyai dana yang cukup untuk akar umbi. Menurut beberapa veteran politik, pemimpin Bersatu tidak sehebat pengalaman pemimpin-pemimpin UMNO di dalam menyediakan ‘pelincir’ bagi memastikan kemenangan parti. Jangan nafikan ini, politik perlukan wang untuk bergerak.

- Advertisement -

Buka mata dan telinga, turun ke bawah, bertemu dengan kepimpinan dan akar umbi yang menggerakkan Bersatu di lapangan. Jika inginkan masa depan Bersatu yang cerah, kepimpinan baru mesti dipupuk dan dibantu. Masanya untuk memikirkan masa depan sendiri dan menjadi selfish . 

Kementerian Alam Sekitar dan Air, Kementerian Pengajian Tinggi, pastikan untuk Bersatu !

 

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img