spot_img
spot_img

Australia negara maju tercorot dalam vaksinasi

spot_img

Kritikan besar timbul di Australia bahawa program vaksinasi COVID kerajaan Perdana Menteri Morrison adalah salah satu kegagalan dasar awam terbesar di Australia.

Oleh kerana jumlah jangkitan COVID-19 di Sydney yang kini sedang lockdown menunjukkan hanya sedikit tanda pengurangan dan negeri Victoria itu memperpanjangkan lagi tempoh lockdown yang kelima, prospek kehidupan kembali normal kelihatan masih jauh.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pengkritik kerajaan telah mendakwa kekurangan dalam program vaksinasi kerajaan Australia. Terdapat kegagalan untuk mendapatkan vaksin yang mencukupi dan kerajaan Australia terlalu bergantung pada vaksin AstraZeneca semata-mata. Kritikan itu juga mendedahkan kekurangan bekalan untuk vaksin jenis Pfizer.

- Advertisement -

(Pfizer baru diluluskan untuk kanak-kanak di Australia, tapi tarikh suntikan vaksin itu belum diketahui)

Sementara pemimpin antarabangsa yang lain secara peribadi melobi hak eksekutif Pfizer untuk bekalan vaksin negara mereka, Perdana Menteri Scott Morrison dan Menteri Kesihatan Greg Hunt dilihat tidak berusaha untuk mendapatkan Pfizer.

- Advertisement -

Kemudian ada kelewatan dalam perlaksanaan program vaksinasi, dan sambil lewa, terutama di kalangan rakyat Australia yang terkesan, seperti penduduk yang berusia lanjut, orang kurang upaya, dan pekerja kesihatan barisan hadapan. Hanya 13% penduduk Australia (mereka yang berumur 16 tahun ke atas) diberi vaksin sepenuhnya, sementara 35.3% baru dos yang pertama diberi vaksin. Itu jauh dari matlamat penduduk dewasa yang sepatutnya penuh divaksin pada jangkaan Oktober 2021, seperti yang dijanjikan pada awalnya.

Memburukkan lagi masalah ini adalah kurangnya kempen pendidikan kepada masyarakat mengenai kepentingan vaksin. Ini telah menimbulkan satu masalah baru, iaitu munculnya golongan anti-vaksin dan mereka yang ragu-ragu terhadap vaksin.

Keyakinan masyarakat terhadap program vaksin oleh kerajaan telah berkurangan dengan ketara. Bancian terbaru menunjukkan ketidakpuasan hati melonjak kepada 57%.

Ketidakcekapan ini telah menimbulkan kecaman yang semakin meningkat.

Telah mula kritikan datangnya dari pihak yang menyokong kerajaan, seperti jurucakap sayap kanan Janet Albrechtsen dan Miranda Divine.

(Huru-hara di Sydney kerana perintah berkurung)

Bekas perdana menteri Koalisi Malcolm Turnbull mendakwa baru-baru ini dia tidak dapat mengingat “kegagalan pentadbiran awam yang lebih hitam” daripada program vaksinasi kerajaan sekarang. Sejarawan Frank Bongiorno mengisytiharkan program vaksinasi itu sebagai “kegagalan dasar awam nasional terburuk dalam sejarah Australia moden”.

Perdana menteri dan menteri-menteri kanan Australia yang tidak jelas dalam menyebarkan maklumat dengan tepat dan dilihat hanya melepaskan tanggungjawab kepada orang lain.

Terdapat tiga faktor utama untuk mengukur kejayaan atau kegagalan dasar awam yang diguna pakai oleh kerajaan Australia :

Yang pertama adalah penilaian tentang tahap berjayanya tindakan dasar memperbaiki masalah yang ingin diselesaikan. Penilaian ini mesti mengambil kira akibat dari tindakan tersebut. Kesannya sering tidak disengajakan dan tidak dijangka. Sebagai contoh, kecenderungan kerajaan Australia untuk menghentikan sokongan untuk pelabur asing dalam sektor pembuatan di Australia telah menyebabkan masalah seperti sekarang, iaitu ketidakupayaan mereka untuk memenuhi permintaan untuk pengeluaran vaksin COVID.

Kedua, penilaian kejayaan atau kegagalan polisi mesti berdasarkan kepentingan polisi. Maksudnya, kegagalan program kerajaan mesti hanya mempunyai kesan negatif yang lebih rendah daripada kegagalan yang lebih besar iaitu kegagalan dasar ekonomi, sosial, alam sekitar atau kesihatan awam yang mempengaruhi seluruh masyarakat.

Ketiga, kerajaan Australia mesti mengambil kira peningkatan reputasi atau kerosakan akibat tindakan yang bakal dilaksanakan. Ini mungkin memberi kesan yang akan menentukan kemenangan pada pilihanraya kelak.

Dengan menerapkan langkah-langkah ini, pengkritik mengatakan bahawa, hingga kini, pendekatan pentadbiran Morrison terhadap program vaksinasi COVID sangat buruk berdasarkan ketiga-tiga kriteria di atas.

Perancangan, logistik dan pelaksanaan yang tidak cekap sejauh ini telah menghalang Australia daripada mengurangkan ancaman wabak yang mereka hadapi kini.

Dunia dapat melihat, risiko COVID jika tidak dibendung, ia berpotensi menghasilkan mutasi yang lebih berbahaya.

Kini terdapat kesan negatif terhadap seluruh masyarakat, tidak hanya dalam penularan virus, tetapi juga kesan yang jelas terhadap ekonomi, kesihatan mental, keganasan rumah tangga dan kepercayaan kepada kerajaan.

Kerosakan reputasi kerajaan Australia terbukti dalam banyak tinjauan pendapat umum yang telah menunjukkan penurunan keyakinan yang besar terhadap pakatan kerajaan dan perdana menteri.

Dilaporkan Australia berada di kedudukan terakhir di antara negara maju di dalam program vaksinasi rakyat.

Di sebalik kelemahan yang telah dilaporkan ini, tahap vaksinasi yang diperlukan masih dapat dicapai, bahkan belum terlambat. Situasi ini masih boleh diperbaiki di bawah kerajaan yang sedia ada ini.

Tetapi adakah kelemahan program vaksin oleh pentadbiran Morrison ini akan membunuh karier politiknya pada pilihanraya akan datang ? Kerana, penurunan keyakinan terhadap vaksinasi ini bermaksud penurunan sokongan untuk kerajaan Persekutuan Australia.

Perdana menteri mempunyai sehingga Mei depan untuk mengadakan pilihan raya. Kerajaan mempunyai banyak masa untuk memperbaiki kelemahan. Sekiranya wabak ini berjaya dibendung pada masa akan datang di dalam penggal ini, mungkin kesalahan dan kelemahan di atas akan dilupakan.

Sejarah pilihanraya Australia membuktikan, dasar yang berkebajikan tidak semestinya akan menjamin kejayaan politik. Pilihanraya Australia lepas adalah buktinya di mana gabungan parti kerajaan yang memerintah hari ini menang walaupun terdapat dasar-dasar yang tidak jelas. Dengan kata lain, kehebatan propaganda dasar adalah satu-satunya ukuran kejayaan kerajaan yang memerintah di Australia.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img