Pelakon utama Aiman Hakim dan Emma Maembong filem Kimchi Untuk Awak dikecam peminat kerana beberapa babak intim antara mereka.
Namun begitu, Aiman berpendapat penonton harus menonton filem tersebut di sudut pandangan yang berbeza.
“Saya rasa persoalan sebegini tidak perlu diteruskan sebab tak membawa apa apa faedah ke mana mana pihal. Kita bila tengok cerita mat salleh, dia cium semua sweet, tapi bila orang Melayu tak boleh. Adakah mat salleh itu, makhluk lain bukan manusia”
“Jadi bagi saya sebagai seorang warga Malaysia, apa yang saya nampak kita memang pandaiplaying innocent which is tak adil sebab semua orang ada buat dosa. Jadi apa yang lebih penting ialah jalan cerita. Pengajaran dalam filem itu sampai,” jelasnya di majlis tayangan filem tersebut.