spot_img
spot_img

Rakyat Australia tunjuk perasaan – lockdown

spot_img

Tunjuk perasaan telah berlaku di bandar-bandar Australia terhadap sekatan ketat yang dikenakan untuk mengatasi peningkatan kes Covid.

Ribuan orang berkumpul di Sydney, dengan tunjuk perasaan yang lebih kecil diadakan di Melbourne dan Brisbane.

Orang ramai melaungkan “kebebasan” ketika mereka berjalan menuju pusat Sydney. Pegawai polis mengatakan bahawa mereka telah membuat 57 tangkapan.

- Advertisement -

Kerajaan Australia telah mengenakan kembali penutupan di seluruh Australia di tengah lonjakan jangkitan baru.

Kedatangan varian Delta yang sangat menular telah mencabar strategi penutupan sempadan, program kuarantin dan menghalang pergerakkan di mana sebelum ini telah berjaya.

Kadar vaksinasi Australia kekal paling rendah di kalangan negara-negara maju, dengan kurang daripada 14% rakyatnya yang telah divaksin.

- Advertisement -

Hari ini ribuan masyarakat berarak ke pusat bandar Sydney melalui pinggir bandar Haymarket.

Pihak berkuasa kesihatan New South Wales (NSW), baru mengeluarkan amaran bahawa kawasan itu sebagai kawasan panas Covid19, lapor ABC News.

Beberapa papan sepanduk dibawa seperti “Tanggalkan topeng muka anda, berani bersuara” dan “Bangunlah Australia”.

Penunjuk perasaan menghalang jalan raya dan berkumpul di luar dewan bandar raya Sydney. Satu kumpulan lagi melemparkan botol ke arah pegawai yang sedang memasang penghalang jalan raya

“Pasukan Polis NSW mengakui dan menyokong hak individu dan berkumpul untuk menggunakan hak mereka untuk bebas bersuara dan berhimpun secara aman, namun, protes hari ini melanggar Perintah Kesihatan Awam Covid-19 yang dikeluarkan kerajaan,” demikian kenyataan dari pasukan tersebut.

Demonstrasi kecil juga berlaku di Melbourne, di mana penduduknya membakar sampah di luar kawasan Parlimen, begitu juga di Brisbane, Botanic Gardens.

Kira-kira 13 juta penduduk Australia – separuh penduduknya – kini dikurung.

Sydney kini telah berkurung selama empat minggu, tetapi kes terus meningkat.

Pegawai NSW mengumumkan peningkatan rekod sebanyak 163 jangkitan baru pada hari Sabtu.

Menteri kesihatan negeri, Brad Hazzard mengulangi gesaan Perdana Menteri Gladys Berejiklian agar negeri-negeri lain mengirimkan dos vaksin tambahan ke NSW.

“Sekiranya keadaannya bertambah buruk di New South Wales, ini sebenarnya boleh menimbulkan masalah besar bagi seluruh negara,” lapor Hazzard.

“New South Wales adalah pintu masuk utama ke seluruh Australia.”

Menurut data Universiti Johns Hopkins, Australia secara keseluruhan mencatatkan 32.594 kes dan 916 kematian.

foto – RNZ

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img