spot_img
spot_img

Syarikat pembayaran online Stripe memulakan langkah bagi penyenaraian saham awam

spot_img

(9 Julai): Syarikat pemproses pembayaran digital, Stripe Inc, salah satu syarikat baru start up teknologi A.S. yang paling berharga, telah mengambil langkah utama mereka menuju ke pasaran saham dengan menggunakan firma guaman bagi membantu persiapan, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.

Syarikat yang baru berusia 11 tahun itu, yang dinilai oleh pelabur dengan anggaran $ 95 bilion pada pusingan pengumpulan dana awam pada bulan Mac. Ia akan membantu membiayai pemerolehan dan memberi insentif kepada pekerja.

Stripe telah menggunakan Cleary Gottlieb Steen & Hamilton LLP sebagai penasihat undang-undang pada peringkat penyenaraian awalnya, kata sumber itu. Belum ada keputusan mengenai waktu bila akan keluar di pasaran saham, dan langkah selanjutnya adalah pengambilan bank pelaburan pada akhir tahun ini, kata sumber-sumber itu. Penyenaraian itu tidak mungkin berlaku tahun ini, menurut sumber kedua.

- Advertisement -

Stripe mempertimbangkan untuk menawarkan terus melalui penyenaraian langsung, bukan IPO tradisional, kerana tidak perlu mengumpulkan wang, kata dua sumber itu, tetapi mungkin rancagan ini akan berubah.

Sumber-sumber tersebut meminta untuk tidak disebutkan namanya kerana perbincangan ini adalah sulit. Stripe dan Cleary Gottlieb enggan memberikan komen.

Ditubuhkan pada tahun 2010 oleh adik beradik dari Ireland, Patrick dan John Collison, Stripe memproses transaksi beratus-ratus bilion dolar setiap tahun untuk berjuta-juta perniagaan di seluruh dunia. Senarai pelanggannya merangkumi Google Alphabet Inc, Uber Technologies Inc, Amazon.com Inc dan Zoom Video Communications Inc. Pelabur awal Elon Musk, Peter Thiel dan cabang modal teroka Google.

- Advertisement -

Pertumbuhan Stripe juga telah menggalakkan syarikat gergasi teknologi China, Ant Group dan ByteDance, yang nilainya hampir $ 200 bilion, untuk mendapat gelaran syarikat permulaan paling berharga di dunia pada saat ia diperkenalkan.

John Collison mengatakan kepada Bloomberg Television dalam sebuah wawancara bulan lalu bahawa Stripe, yang beribu pejabat di Dublin dan San Francisco, mungkin akan mempunyai saham syarikat secara terbuka suatu hari nanti tetapi tidak ada rancangan untuk masa terdekat bagi penyenaraian itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img