spot_img
spot_img

PM tidak pernah kecilkan peranan negarawan

spot_img

Pembangkang Malaysia sememangnya antara yang terbaik di dunia di dalam mengambil kesempatan. Isu Palestine juga di ‘kona’ untuk merendahkan kewibawaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri tidak pernah membandingkan dirinya dengan negarawan Tun Dr Mahathir Mohammad, terutamanya di dalam isu antarabangsa. Kita juga percaya bahawa Tun Dr Mahathir Mohammad juga tidak pernah memperlekehkan Perdana Menteri di dalam media akan kenapa pihak antarabangsa tidak memilih Tan Sri Muhyiddin untuk bertanya pendapat atau ditemuramah.

Kita rakyat Malaysia sentiasa berbangga apabila negarawan Tun Dr Mahathir Mohammad sentiasa disanjung tinggi oleh dunia Islam. Beliau telah lama menjadi suara ini selama hampir 3 dekad. Sudah tentu dengan keberanian yang terbukti ini, beliau tetap akan menjadi tumpuan untuk mendapatkan sokongan dari pihak antarabangsa.

- Advertisement -

Tetapi kenapa kita perlu menyalahkan Perdana Menteri apabila pihak antarabangsa tidak menelefon atau interview beliau di dalam isu Palestine ? Biarlah negarawan yang berpengaruh bersuara, tidak salah, kerajaan juga tidak menyekat, kerana negarawan adalah rakyat Malaysia yang ulung dan banyak jasa pada dunia Islam.

Janganlah pihak pembangkang mengambil ini sebagai suatu isu untuk merendahkan martabat Perdana Menteri. Amat tidak bertanggungjawab.

Tan Sri Muhyiddin Yassin baru mengambil tampuk pemerintahan dan berhadapan wabak Covid 19. Apakah kita tidak boleh bersama-sama di dalam memainkan peranan masing-masing  demi negara ? Adakah setiap perkara mahu dihentam ?

- Advertisement -

Dahulu kita marah Najib, lepas itu kita marah Tun Mahathir, sekarang kita marah Muhyiddin, selepas ini siapa lagi yang kita nak marah ?

Semuanya serba tak kena.

 

Abu Bakar Karim Arang

USM- Penang

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img