Bermula tahun 2020 ramai rakyat Malaysia terkesan akibat wabak Covid-19. Menurut data Kementerian Sumber Manusia, dari Mac 2020 hingga November 2020, seramai 99,696 rakyat Malaysia telah hilang pekerjaan. Manakala kadar pengangguran sehingga Mei 2020 adalah 5.3% yang merupakan paling tinggi sejak 30 tahun dahulu.
Pengumuman oleh kerajaan Malaysia mengenai vaksin Covid-19 telah memberi sinar harapan untuk rakyat Malaysia bagi menangani wabak ini. Menurut Yang Berhormat Khairy Jamaluddin Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, program vaksinasi Covid-19 dianggarkan bermula pada Februari 2021. Satu juta dos pertama vaksin Pfizer’s akan diterbangkan ke Malaysia dalam masa 6 minggu. Sebanyak 144,000 dos vaksin Pfizer-
BioNTech akan dijangka sampai ke Malaysia setiap minggu selama 5 minggu, kemudian 280,000 dos vaksin akan diterima pada minggu keenam.
Malaysia dijadualkan menerima 3 juta dos vaksin pada suku pertama tahun 2021(Pfizer: 1 juta, Gamaleya: 1 juta, Sinovac: 1 juta). Suku kedua akan dijangka menerima 21juta dos vaksin (Pfizer: 1.7 juta, AstraZeneca: 6.4 juta, Gamaleya: 5.4 juta, Sinovac: 5 juta,CanSino: 2.5 juta). Manakala suku ketiga pada tahun ini,12.8 juta dos vaksin akan diterima (Pfizer: 5.8 juta, Sinovac: 6 juta, CanSino: 1 juta). Pada suku keempat, Malaysia akan
menerima 4.3 juta dos vaksin kesemuanya dari Pfizer. Kerajaan juga telah mengesahkanpenerimaan sebanyak 41.1 juta dos vaksin untuk tahun 2021. Namun begitu kerajaan masihcuba mendapatkan tambahan seb 12.2 juta vaksin dos Pfizer, tidak termasuk 12.8 juta dosvaksin yang sudah dijanjikan kepada Malaysia.
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan diberikan dalam 3 fasa. Fasa pertama akan diberikan kepada petugas di barisan hadapan seperti kakitangan kesihatan dan bukan kesihatan. Ini akan melibatkan seramai 500, 000 orang dan dijangka tamat pada April 2021. Fasa kedua iaitu kepada golongan berisiko tinggi seperti warga emas berumur 60 tahun ke atas, OKU dan orang yang mengalami penyakit kronik. Ia dijadualkan dari April hingga Ogos dan disasarkan kepada 6.5 juta orang. Terakhir ialah fasa ketiga melibatkan golongan berumur 18 tahun ke atas bermula Mei hingga Februari 2022 yang dianggarkan seramai 16 juta orang akan menerima vaksin dalam fasa ini. Fasa 3 adalah fasa yang paling penting untuk membentuk ‘herd immunity’ (perlindungan kelompok).
‘Herd immunity’ hanya akan dicapai jika 80% penduduk Malaysia mendapat suntikan vaksin Covid-19 dan menurut pakar ia mengambil masa sekurang-kurangnya setahun untukmerealisasikan ‘Herd immunity’. Ini penting kerana ia bukan sahaja melindungi orang yang mengambil vaksin, tetapi juga kepada sesiapa yang tidak mendapat suntikan vaksin Covid- 19 dan orang yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan wabak ini seperti kanak-kanak, warga emas dan seseorang yang mempunyai penyakit kronik. Menurut kajian terkini, vaksin
yang sedia ada dapat mengurangkan risiko jangkitan sebanyak 70% hingga 95%.
Ada segelintir rakyat Malaysia yang menolak vaksin Covid-19 ini kerana risau akan kesan sampingan dan tidak faham bagaimana vaksin itu berfungsi. Vaksin mengandungi antigen atau bahan yang boleh merangsang imuniti badan yang menyerupai virus (contohnya mRNA virus Covid-19). Vaksin diperbuat sama ada dari bentuk kuman/virus yang lemah (attenuated) atau ternyahaktif (inactivated). Apabila vaksin Covid-19 disuntik,
sistem imuniti badan akan menghasilkan antibodi yang spesifik terhadap virus Covid-19.
Vaksin meningkatkan tahap imuniti badan tanpa menyebabkan jangkitan penyakit. Hasil dari suntikan vaksin, sistem antibodi akan bertindak ke atas virus Covid-19 sekiranya anda terdedah kepada virus tersebut.
Kesan sampingan vaksin Covid-19 adalah seperti sakit dan bengkak di tempat suntikan, demam, keletihan, dan sakit kepala, namun begitu kesan ini hanya bertahan selama beberapa hari sahaja. Manakala kesan sampingan serius ‘anaphylaxis’ adalah sangat rendah. Menurut jurnal dari ‘JAMA Network’ hanya 66 kes dari 18 juta orang yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna mengalami kesan sampingan yang serius iaitu sebanyak 0.0003% dan tiada kematian yang dilaporkan setelah mengambil vaksin ini.
Oleh itu rakyat Malaysia disarankan untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 bagi
menangani wabak ini yang sudah berlanjutan selama setahun.
-Dr Razreen Amim Rusli- Pegawai Perubatan KKM