spot_img
spot_img

Buktikan kepentingan rakyat mendahului peribadi

spot_img

Sekarang di tahun baru awal 2021, negara telah pun dikejutkan dengan banjir besar yang melanda beberapa negeri yang dikatakan lebih teruk dari banjir besar pada tahun 1971. Ini merupakan musibah & cabaran kepada negara yang sedang bergelut dengan pandemik Covid 19. Sewajarnya fokus dan keutamaan setiap pimpinan parti politik; baik kerajaan ataupun pembangkang bersama berganding bahu, turun padang membantu rakyat yang sedang terkesan dengan pelbagai masalah sekarang.

Rakyat sudah muak dengan politikus yang kemaruk berpolitik tanpa mengenal malam dan siang. Kepimpinan politik setiap peringkat perlu serius menyelami denyut nadi rakyat yang berhadapan dengan pelbagai masalah seperti covid-19, ekonomi dan banjir yang melanda negara ketika ini.

Hentikanlah pertelagahan dan perebutan kuasa, sekarang adalah waktu untuk semua pihak bersatu padu untuk memacu ekonomi negara yang terjejas kesan dari pandemik Covid 19.

- Advertisement -

Malaysia perlu keluar segera dari kemelut kemelesetan ekonomi, usaha ini akan berjaya sekiranya kepimpinan negara berganding bahu bersama-sama tanpa mengira ideologi politik.

Kembalilah ke meja rundingan dengan mencari jalan penyelesaian dan alternatif yang terbaik agar rakyat dapat dibantu melangkaui sempadan politik kepartian.

Inilah masa yang paling tepat, untuk semua pihak membuktikan bahawa kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan individu atau parti semata-mata.

- Advertisement -

Ingat, rakyat sedang memerhatikan setiap gerak geri dan tingkah laku ahli politik. Keutamaan sekarang untuk membantu rakyat dan membawa keluar negara pulih dari musibah yang melanda.

Fakhrul Anwar (Timbalan Ketua Bersatu Gelang Patah)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img