Ramai yang bimbang dengan wabak H5N1 yang kini menyerang Malaysia. Sebagai langkah berjaga – jaga rata – rata tidak mahu mengambil ayam kerana takut dijangkiti.
Tetapi tahukah anda ayam sebenarnya selamat dimakan jika ianya dimasak sempurna iaitu pada suhu melebihi 70 darjah celsius. – Bernama
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya menasihati orang ramai supaya tidak bimbang dengan pengambilan makanan berasaskan ayam di negara ini walaupun berlakunya wabak selsema burung (H5N1) di Kelantan.
“Bakteria atau virus itu akan mati jika ia dimasak pada suhu 100 darjah celcius dan ke atas.
“Di Malaysia, kita tak makan ayam mentah, kita masak…ayam dimasak dengan sempurna.
“Jadi, memanglah selamat untuk dimakan,” katanya.
Kelantan mengishtiharkan wabak H5N1 sebagai bencana negeri setelah ia merebak di daerah Bachok dan Pasir Puteh selepas Kota Bharu dan Pasir Emas.