spot_img
spot_img

825,000 jualan Shopee 12.12 dalam sejam

spot_img

KUALA LUMPUR: Shopee memecahkan rekod jualan ulang tahun di Malaysia dan serantau melalui promosi jualan 12.12 Sabtu lalu.

Platform pembelian dalam talian itu mencatatkan lebih 825,000 jualan hanya di Selangor dalam tempoh sejam pertama promosi tersebut.

Ini termasuk seorang pengguna yang membuat 180 pesanan pada pagi 12 Disember.

- Advertisement -

Segmen barangan rumah dan hiasan mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan 1.2 juta produk dijual sepanjang promosi tersebut manakala untuk segmen barangan persekolahan, sebanyak 670,000 alat tulis dijual.

Pengarah Urusan Serantaunya, Ian Ho (gambar) berkata, kejayaan memecahkan rekod jualan pada ulang tahun kelima syarikat itu memberikan makna yang sangat besar kepada warga kerja Shopee.

“Terutamanya bagi tahun ini kerana tahun 2020 telah memberi pelbagai pengalaman kepada kami.

- Advertisement -

“Dengan keadaan sekarang yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kami ingin memastikan bahawa ulang tahun kelima kami merupakan hari istimewa bukan hanya untuk Shopee tetapi lebih-lebih lagi untuk mereka yang menerima perkhidmatan kami,” katanya dalam kenyata­an di sini semalam.

Selain itu, Shopee turut mencatatkan rekod dengan 12 juta tempahan jualan pada 24 minit pertama promosi di peringkat rantau yang melibatkan tujuh pasaran di Asia Tenggara dan Taiwan.

Malah, pada waktu puncak­nya, sejuta barangan dibeli dalam masa seminit oleh pengguna melalui aplikasi Shopee.

Promosi jualan ulang tahun itu juga membantu 10 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terbaik merekodkan purata jualan sebanyak RM800,000.

Shopee juga mengambil langkah memanfaatkan trafik di platformnya bagi menarik kunjungan ke kedai fizikal peruncit luar talian.

Menurut syarikat itu, perniagaan seperti Family Mart mencatatkan jualan hampir 80,000 baucar bagi pelbagai tawaran tempoh kempen bermula 1 Di­sember sehingga 12 Disember.

“Sekali gus berjaya menarik kunjungan puluhan ribu pelang­gan baharu dan sedia ada ke kedai mereka,” kata syarikat itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img