OLEH: SYEEDA ASH
Jika anda fikir menteri di Malaysia sudah cukup ramai, ada negara lain yang memiliki jumlah menteri jauh lebih ramai.
Ghana, iaitu sebuah negara kecil barat benua Afrika memiliki 110 orang menteri!
Walaupun mencetuskan kritikan, Presidennya, Nana Akufo-Addo mempertahankan keputusan itu dan menganggapnya sebagai satu ‘pelaburan’, lapor Berita Harian.
“Saya sedar ramai yang bimbang terhadap kos kerajaan yang besar ini. Ia adalah satu pelaburan,” kata Akufo-Addo dalam satu temu bual.
Akufo-Addo yang baru dilantik Disember lalu juga menegaskan menteri yang dilantiknya adalah untuk bekerja, bukan bercuti serta tidak membabitkan kos tinggi.
Pelantikan membabitkan menteri rendah dan menteri wilayah itu sekaligus memecahkan rekod di Ghana.