spot_img
spot_img

Debat Tun M-Nazri Tinggal ‘Selangkah’, KDN Beri Lampu Hijau

spot_img

Nampaknya majlis debat antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mungkin bakal jadi kenyataan.

Ini selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi ‘lampu hijau’ dan sedia meluluskan permohonan penganjuran program itu, lapor Sinar Harian.

Malah, Timbalan Menteri KDN, Datuk Nur Jazlan Mohamed sendiri berkata beliau menyokong penganjuran program seumpama itu

- Advertisement -

“Sudah dibuat (permohonan) dan kita akan benarkan. Malah, saya juga menyokong,” katanya.

Pertemuan bersejarah dua tokoh politik itu bakal diadakan di Padang Rengas, Perak, bermula jam 3 petang pada 25 Mac ini.

 Banyak isu-isu ‘panas’ dijangka dibangkitkan antaranya seperti skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

- Advertisement -

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img