spot_img
spot_img

Gaji pekerja asing tanpa tunai

spot_img

KUALA LUMPUR: Merchantrade Asia Sdn. Bhd. (Merchantrade Asia) dan Construction Labor Exchange Center Berhad (CLAB) menjalin kerjasama untuk memberikan perkhidmatan bayaran gaji tanpa tunai kepada pekerja asing dan tempatan dalam industri pembinaan.

Melalui kerjasama itu, CLAB akan memudahkan kontraktor membayar gaji secara terus ke Kad Visa Prabayar Merchantrade Money.

Ia sejajar dengan inisiatif kerajaan dalam mempromosi bayaran gaji tanpa tunai dan mencapai hasrat aliran kewangan pekerja tanpa bank.

- Advertisement -

Merchantrade Asia merupakan pengendali perniagaan perkhidmatan wang digital dan penerbit e-wang terkemuka di negara ini, sementara CLAB pula bertanggungjawab membawa masuk pekerja asing mengikut keperluan syarikat dalam industri pembinaan.

Pengarah Urusan Merchantrade Asia, Ramasamy K. Veeran berkata, tujuan kerjasama yang dimulakan pada Ogos 2019 itu adalah untuk menyediakan perkhidmatan bayaran gaji secara digital kepada pekerja asing dalam industri pembinaan.

“Apabila gaji mereka dikreditkan ke dalam kad Visa Merchantrade Money, pekerja asing dapat mengirim wang kepada keluarga mereka di negara asal secara digital melalui telefon bimbit. Dengan cara ini, pihak kontraktor tidak perlu lagi membayar gaji secara tunai.

- Advertisement -

“Kemudahan ini sangat diperlukan lebih-lebih lagi ketika kita sedang berdepan pandemik Covid-19 yang membataskan pergerakan pekerja asing untuk mengeluarkan gaji mereka dan membuat pembayaran. Ia juga dapat mengurangkan risiko lain seperti kes samun dan rompakan wang tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramasamy berkata, pada masa ini, Merchantrade Money memiliki saiz e-wallet sehingga RM20,000 yang
mampu memenuhi keperluan pelanggan untuk bertransaksi secara digital.

Sehingga kini, inisiatif itu berjaya menarik penyertaan kira-kira 2,000 pekerja asing dan dijangka meningkat kepada 4,000 orang pada suku pertama 2021.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CLAB, Abdul Rafik Abdul Rajis pula berkata, kerjasama itu yang mendapat sokongan daripada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia dengan lebih 165 syarikat telah didaftarkan. – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img