spot_img
spot_img

Koperasi beralih ke digital

spot_img

KUANTAN: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terus meĀ­ngorak langkah dalam bidang inovasi digital negara dengan menandatangani perjanjian usahasama strategik bersama Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Komakmur) untuk membangunkan sistem digital koperasi yang diberi nama E-Rahn.

Kerjasama strategik berkenaan bakal menghasilkan sistem tulang belakang SKM bagi memantapkan lagi peranan suruhanjaya terbabit selaku regulator dan pemantau sektor koperasi negara.

E-Rahn dilihat sebagai penyelesaian kepada perniagaan Ar-Rahnu bawah seliaan SKM yang kini berubah landskap kepada Ar-Rahnu Tawarruq sejajar arahan Bank Negara menerusi Majlis Penasihat Syariahnya seperti diumumkan penguatkuasaannya pada 1 Februari lalu.

- Advertisement -

Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh berkata, E-Rahn bakal memberi banyak faedah kepada koperasi-kopeĀ­rasi yang menjalankan perniagaan Ar-Rahnu melalui kemudahan Ar-Rahnu Tawarruq yang diuruskan secara berpusat oleh sistem teras berkenaan.

Jelasnya, sistem itu juga meĀ­rupakan usaha bagi menyahut seruan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendigitalkan pengoperasian dengan norma baharu yang dipraktikkan kesan penularan wabak Covid-19.

ā€œE-Rahn mempunyai lebih 10 modul selain Ar-Rahnu Tawarruq yang memberi impak tinggi kepada rakyat antaranya pembiayaan perumahan tawarruq, pembiayaan peribadi tawarruq, pembiayaan kendeĀ­raan tawarruq, simpanan emas dan perak serta sistem perniagaan tukar barang menggunakan emas dan perak yang akan dibangunkan secara berperingkat.

- Advertisement -

ā€œKos pembangunan dan pengoperasi sistem E-Rahn akan dibiayai sepenuhnya oleh Komakmur dan sistem ini dijangka akan memulakan operaĀ­sinya pada awal tahun depan,ā€ katanya pada majlis perasmian Kursus E-Rahn di sini semalam.

Yang hadir sama, Pengarah SKM Pahang, Norazlan Anuar dan Pengerusi Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Komakmur), Hishamuddin Abdullah.

Seramai 60 peserta terdiri daripada ahli-ahli koperasi dari Pahang, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan menyertai kursus itu.

Nordin berkata, sistem E-Rahn patuh syariah bernilai RM5 bilion itu milik sepenuhnya SKM dengan kerjasama rakan niaganya, Bursa Suq Al Sila iaitu anak syarikat Bursa Malaysia sebagai penyedia platform jual beli komoditi dan Erahn Sdn. Bhd.

ā€œInsya-Allah E-Rahn akan menjadi peneraju sistem kewaĀ­ngan Islam terkemuka di rantau ini dan bakal menjadi pemamgkin kepada aktiviti ekonomi negara melalui gerakan koperasi,ā€ katannya.Ā  ā€“ UTUSAN

Whatā€™s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img