PUTRAJAYA – Pilihan Raya Kecil (PRK) P185 Parlimen Batu Sapi akan diadakan pada 5 Disember depan susulan penyandangnya Datuk Liew Vui Keong yang meninggal dunia baru-baru ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, penamaan calon ditetapkan pada 23 November.
“Tempoh berkempen adalah selama 12 hari selepas pengisytiharan calon,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
AKAN MENYUSUL