spot_img
spot_img

PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat – Zahid Hamidi

spot_img
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.
Perkara itu diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Ahmad Zahid menjelaskan keputusan itu adalah bagi mengelakkan berlakunya penularan pandemik COVID-19 seperti yang berlaku susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.
“BN mengambil keputusan untuk tidak menyertai PRK Parlimen Batu Sapi.
“Keputusan ini dibuat kerana BN berasakan, COVID-19 hendaklah dielakkan daripada menular sekiranya PRK diadakan sebagaimana yang dialami sewaktu PRN Sabah yang lalu,” ujarnya.
Pada masa sama, Ahmad Zahid memaklumkan, parti itu menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh berkempen dan tarikh mengundi.
Ahmad Zahid turut menyifatkan kesejahteraan dan kesihatan rakyat perlu menjadi keutamaan ketika ini.
Terdahulu, Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan agar BN tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam PRK Parlimen Batu Sapi.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut mencadangkan perkara yang sama kepada Perikatan Nasional (PN) dan kesemua parti politik lain bagi mengekalkan status quo kedudukan Batu Sapi di bawah Parti Warisan Sabah (Warisan).
Ahli Parlimen Batu Sapi mendiang Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia pada 2 Oktober lepas selepas dirawat di Hospital Gleaneagles Kota Kinabalu ekoran jangkitan kuman di paru-paru.
Susulan kematiannya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun telah memberi notis kekosongan itu kepada SPR untuk tindakan selanjutnya.
Pada Selasa, Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya akan bermesyuarat pada Selasa depan untuk menentukan tarikh PRK bagi Parlimen Batu Sapi.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img