spot_img
spot_img

Tiong ikrar sokong Muhyiddin

spot_img

KUCHING, 5 Okt  — Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing hari ini berikrar menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  sekali gus mengakhiri spekulasi yang mengaitkan namanya dengan senarai Ahli Parlimen yang didakwa menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi kenyataan yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp, Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata tindakan Anwar baru-baru ini yang mendakwa memiliki sokongan majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara adalah satu lagi contoh drama terdesak pemimpin pembangkang itu untuk merampas kuasa dan mengelirukan rakyat.

“Saya sama sekali menolak dakwaan itu (spekulasi bahawa beliau menyokong Anwar) dan menyifatkannya sebagai berita palsu dan khabar angin semata-mata. Malah kebanyakan maklumat berkaitan yang disiarkan dalam kesemua portal terbabit adalah kabur dan bersifat spekulasi. Tanpa sebarang kepastian, saya menggesa rakyat agar tidak mempercayai khabar angin mengarut serta tidak berasas ini,” katanya.

- Advertisement -

Beliau membuat kenyataan itu selepas beberapa portal berita mengaitkannya dengan 120 Ahli Parlimen lain yang didakwa menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri berikutnya dan mengambil alih kuasa daripada Muhyiddin.

“Saya pelik bagaimana nama saya dan Anyi Ngau (seorang lagi Ahli Parlimen PDP) boleh berada dalam senarai itu… Kami (PDP) mungkin rakan komponen yang kecil namun kami mempunyai integriti dan prinsip, bukan seperti sesetengah parti yang hanya bertindak menyokong sesiapa sahaja yang dilantik sebagai PM,” katanya.

Tiong berkata semua ahli politik perlu meletakkan kepentingan rakyat dan negara di tempat paling utama dengan mengambil langkah segera menghentikan semua tindakan yang boleh menjejaskan keutuhan negara serta melakukan segala yang terdaya untuk memerangi penularan pandemik COVID-19 bagi memulihkan ekonomi.

- Advertisement -

“Cara yang betul untuk mentadbir negara ialah dengan mengayakan rakyat. Saya dengan ikhlas berharap agar semua ahli politik, termasuk pembangkang, boleh bersama-sama menyokong serta membantu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada ketika ini untuk memulihkan negara kita,” katanya.

Sumber-BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img