Samsung kini dilaporkan menerajui kembali pasaran telefon pintar sebagai pengeluar terbesar – melalui penganalisa Counterpoint Research yang terbaru.
Pada bulan Ogos, ia dilihat Samsung mendahului kembali semua pengeluar lain, dan berjaya mendapatkan pegangan pasaran sebanyak 22%.
Langkah ini memperlihatkan Samsung berjaya merampas kembali kedudukan Huawei yang memegang tangga pertama sebagai pengeluar peranti terkemuka dunia pada suku kedua 2020 lepas.
Huawei kini ditangga kedua dengan 16% pegangan pasaran, dan diikuti Apple dengan 12%. Menduduki tangga ke-4 adalah Xiaomi dengan 11% pegangan pasaran.
Sebelum ini, Samsung tewas pada Huawei pada bulan April lepas. Huawei dilihat memfokuskan pasaran China sahaja, tetapi kekangan mendapatkan cip pemprosesan dan aksesori pengeluaran telefon pintar lain turut mengehadkan kapasiti penghasilan dan pemasaran pengeluar berkenaan.