spot_img
spot_img

Usaha bangunkan Sabah lebih mudah – PM

spot_img
KUALA LUMPUR: Usaha membangunkan Sabah menjadi lebih mudah apabila keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah memihak kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang selari dengan kerajaan Persekutuan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun usaha itu tidak hanya bergantung kepada kerajaan Persekutuan, sebaliknya melibatkan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri sendiri.
“Sukacita kita sudah menang di Sabah, jadi ia akan mudahkan untuk rancang dan duduk dengan kerajaan negeri.
“Saya kata begitu bukan hanya kerana ia sebelum ini dipimpin pembangkang, tetapi untuk tempoh akan datang, persefahaman antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri amat penting,” katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin mengakui masih terdapat jurang sosioekonomi penduduk di Semenanjung dan Sabah yang masih ketinggalan dan perlu diberi perhatian.
Beliau berkata demikian ketika Sesi Balai Rakyat Makmur Bersama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Selasa.
Turut hadir, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img