spot_img
spot_img

Bung Moktar, Masidi tukar portfolio – Hajiji

spot_img


KOTA KINABALU:
 Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor memberitahu, berlaku perubahan dalam dua portfolio kanan Kabinet Negeri selepas lebih tiga jam istiadat angkat sumpah yang berlangsung di Istana Negeri.Ia membabitkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah.Jelas Hajiji, portfolio Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah akan digalas oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah I.Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II akan dipertanggungjawabkan kepada Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Timbalan Ketua Pimpinan Bersatu Sabah.

“Tiada masalah (pertukaran portfolio). Cuma saya ingin Datuk Masidi membantu saya kerana latar belakang beliau yang berpengalaman dalam bidang kewangan dan ekonomi.“Saya memerlukan beliau untuk membantu kerajaan (menyelesaikan) isu COVID-19 dan keadaan ekonomi yang tidak berapa baik akibat pandemik ini,” katanya pada sidang media pertama di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah pada Selasa.Terdahulu, Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) antara tiga Timbalan Ketua Menteri dalam Kabinet baharu kerajaan pimpinan Hajiji.Selain itu, Hajiji menjelaskan keputusan pertukaran dua portfolio itu dipersetujui semua parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).Dalam pada itu, Hajiji menegaskan perbincangan telah pun dibuat sebelum ini mengenai agihan portfolio dan tidak timbul perubahan di saat akhir.“Kita ada perbincangan tetapi kerana ada pertambahan kerja untuk satu menteri. Jadi, kita telah buat perubahan, itu sahaja,” katanya.Ditanya mengenai menteri dari komuniti Cina, Hajiji menjelaskan beliau akan melihat perkara itu.

Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
- Advertisement -

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img