spot_img
spot_img

Hajiji Noor Ketua Menteri Sabah baharu

spot_img


KOTA KINABALU:
 Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menamakan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.Hajiji yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman itu mengesahkan akan mengangkat sumpah sebagai esok pada pukul 10.30 pagi.Tegas Hajiji, kerajaan negeri baharu itu akan memastikan permasalahan rakyat dan manifesto serta Aku Janji pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan ditunaikan sebaiknya.“Kami akan tunaikan tanggungjawab dan mandat rakyat sebaiknya.“Saya berterima kasih kepada rakyat Sabah kerana memilih pemimpin daripada GRS,” katanya dalam sidang media di The Magellan Hotel pada Isnin.

Ditanya mengenai barisan jemaah menteri, Hajiji menjawab ringkas ‘rahsia’ dan akan mengumumkannya selepas mengangkat sumpah.Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan; dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim serta barisan wakil rakyat GRS.Sementara itu, Bung Moktar turut menjelaskan, kerajaan negeri yang baharu ini akan berhenti berpolitik dan menunaikan tanggungjawab menyelesaikan masalah yang dihadapi Sabah.Katanya, kerajaan negeri di bawah GRS juga mampu untuk memulihkan semangat rakyat yang selama ini hilang disebabkan oleh pemerintahan kerajaan terdahulu yang tidak prihatin kepada rakyat.“Adalah menjadi tanggungjawab besar kerajaan negeri yang baharu ini untuk kita sama-sama memulakan langkah memastikan rakyat di bawah mendapat pembelaan,” katanya.

Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
- Advertisement -

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img