Facebook hari ini mengumumkan kerjasama dengan Luxottica, pengeluar kaca mata berjenama Ray-Ban.
Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan hadir dengan sebuah kaca mata pintar untuk ditawarkan seawal 2021 kelak.
Kedua-dua pihak bekerjasama untuk sejumlah kaca mata pintar, yang akan diperkenalkan tahun demi tahun.
Buat masa ini, mereka masih belum berkongsi berkenaan penawaran kaca mata pintar mereka, dan apakah yang bakal ditawarkan.
Selari dengannya, Project Aria turut diumumkan – iaitu kaca mata pintar yang akan digunakan pekerja Facebook bermula September ini.
Kaca mata pintar ini akan merakamkan video, audio, data lokasi, serta melakukan penjejakan mata. Data daripadanya bakal digunakan dalam pembangunan kaca mata pintar realiti-terimbuh dari Facebook kelak.
SUMBER: BERITA-TULAR.COM
SUMBER: AMANZ.MY