Cip pemprosesan peranti mercu terbaru Qualcomm akan datang adalah Snapdragon 875 yang dibina berasaskan rekaan 5nm dan akan dilaporkan akan dihasilkan oleh Samsung.
Cip pemprosesan ini akan bersaing dengan cip Apple A14 yang baru sahaja diumumkan baru-baru ini.
Semasa pelancaran iPad Air baharu, iaitu produk Apple pertama yang dijana cip A14 ini, pengurus Redmi ada berkongsi semula “ciapan” di Weibo berkenaan dengan produk ini dengan menyertakan kapsyen “anda ingin lihat produk baru yang dijana cip 5nm?”.
Perkara ini memberi petanda yang produk Redmi akan datang, mungkin Redmi K40 Pro akan dijana dengan cip ini. Sama seperti Redmi K30 Pro yang dijana Snapdragon 865.
Peniris informasi di China terkenal, Digital Chat Station turut ada menyatakan yang Redmi K40 Pro akan dijana dengan cip ini bersama-sama dengan skrin lebih besar, bateri besar serta kamera yang lebih hebat.
Informasi peniris ini selari dengan apa yang pengurus Redmi kongsi di Weibo. Adakah ini bermakna kita akan lihat kehadiran Redmi K40 seawal hujung tahun ini? Sama-sama kita nantikan.
SUMBER RUJUKAN: WEIBO – LU WEIBING