spot_img
spot_img

Kalashnikov Menghasilkan Senapang Patah Pintar Dengan Komputer Terbina

spot_img

Kalashnikov ialah pengeluar mesingan paling popular dunia iaitu AK-47. Ia menjadi simbol penentangan sayap kiri dan kerap dikaitkan dengan negara bekas Kesatuan Soviet.

Selain mesingan, Kalashnikov turut telah menghasilkan dron terbang bersenjata dan motosikal terbang. Terkini mereka melancarkan pula senapang patah dengan sebuah komputer terbina.

Kalashnikov MP-155 Ultima ialah sebuah senapang patah dengan kaliber standard 12/76. Ia kelihatan cukup futuristik dengan tubuh yang diperbuat daripada bahan komposit.

- Advertisement -

Sebuah komputer dengan skrin dan tombol kawalan diletakkan pada bahagian stock. Ia adalah berasaskan komputer mini Raspberry Pi.

Walaupun kelihatan seperti sebuah senjata canggih. MP-155 Ultima sebenarnya dihasilkan untuk golongan yang baru ingin berjinak dengan dunia senjata api.

Terdapat kamera yang merakam setiap tembakan dan menganalisa prestasi pengguna. Rel Picatinny pada bahagian atas membolehkan aksesori lain seperti skop, lampu dan laser ditambah.

- Advertisement -

Data dari komputer dimuat turun menggunakan WiFi ataupun bluetooth. Sebuah port USB-C pada bahagian sisi disertakan untuk sambungan kamera tambahan.

Kalashnikov MP-155 Ultima akan mual dijual pada Januari 2021. Harga masih belum diumumkan tetapi dianggarkan sekitar $1400.

SUMBER RUJUKAN: KALASHNIKOV MEDIA

SUMBER GAMBAR: RUSSIAN BEYOND

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img