spot_img
spot_img

Samsung Melancarkan Empat Sensor ISOCELL Baharu Yang Lebih Kecil Dan Nipis

spot_img

Samsung hari ini melancarkan empat lagi sensor baharu ISOCELL yang bukan sahaja lebih kecil tetapi juga lebih nipis untuk kegunaan telefon pintar generasi baharu.  

Kesemua sensor ini mempunyai saiz pixel 0.7 mikrometer (μm)-pixel. Sensor yang dilancarkan ialah 108MP ISOCELL HM2, 64MP ISOCELL GW3, 48MP ISOCELL GM5 dan 32MP ISOCELL JD1.

Dengan saiz pixel yang lebih kecil, saiz fizikal sensor dapat dikurangkan sehingga 15% manakala ketebalan pula berkurangan sehingga 10%. Dengan saiz komponen yang lebih kecil, pengeluar boleh menghasilkan peranti yang lebih nipis dan kompak. 

- Advertisement -

Perbezaan setiap sensor boleh dilihat pada jadual di atas. Sensor yang paling berprestasi tinggi ISOCELL HM2 mempunyai kemampuan menggabungkan sembilan pixel menjadi satu bagi menghasilkan gambar dalam situasi pencahayaan rendah yang lebih baik. 

SUMBER RUJUKAN: SAMSUNG

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img