Terlalu banyak berita mengenai TikTok hari ini bermula dengan tawaran Microsoft ditolak oleh Bytedance dan Oracle pula dikatakan memenangi bidaan.
Namun begitu laman CGTN sebentar tapi melaporkan Bytedance tidak kan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat kepada kedua-dua syarikat.
Tambah menarik ialah kod sumber kepada aplikasi ini juga tidak akan dijual sama sekali kepada mana-masa syarikat dari A.S. Ini menjadikan proses pembelian perniagaan TikTok ini semakin sukar kerana tanpa kod sumber pembelian operasi adalah tidak secara seterusnya.
CGTN memetik sumber dari Bytedance tetapi syarikat ini masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai proses mencari pembeli sehingga artikel ini ditulis.
Kod sumber berkemungkinan besar tidak boleh dijual kerana ia berkait rapat dengan arahan kerajaan China yang menghalang jualan teknologi kecerdasan buatan syarikat tempatan dari dijual tanpa kelulusan negara pada penghujung Ogos lalu.
SUMBER RUJUKAN: CGTN