Jangan Terkejut! Menurut laporan 2015-2016 State of the Global Islamic Economy Report, konsumer Muslim dianggar berbelanja lebih $230bn bagi pakaian, angka ini dijangka akan menjadi $327bn menjelang 2019 – jauh lebih besar dari pasaran produk pakaian terkumpul UK ($107bn), Germany ($99bn) dan India ($96bn)!
Mana tak kita lihat bagaimana jenama-jenama besar dunia kini makin berminat untuk memasarkan produk-produk yang mesra syariah ye tak?
– Dewi Tularr
Berikut kami senaraikan jenama fesyen antarabangsa yang sudah mengorak langkah memasuki pasaran fesyen muslimah.
1) Dolce & Gabbana
Nama koleksi: Dolce & Gabbana Abaya Autumn/Winter 2016 Ready-To-Wear Collection
Tahun: 2016
Bermain dengan warna hitam dan neutral dengan sedikit percikan corak, koleksi itu didedikasikan buat dunia fesyen Timur Tengah.
D&G masih menekankan elemen corak polka dot, lemon, bunga kekwa dan ros merah yang muncul dalam koleksi Musim Panas 2016.
Jenama itu menghasilkan abaya dan selendang menggunakan fabrik jenis sutera dan renda.
2) Monique Lhuillier
Nama koleksi: Ramadan 2015 collection
Tahun: 2015
Monique Lhuillier mereka pelbagai jenis kaftan untuk jualan runcit dalam talian di Moda Operandi. Menerusi koleksi itu, busana yang dihasilkan masih mengekalkan sulaman warna putih dan corak bunga.
3) Tommy Hilfiger
Nama koleksi: Limited Edition Ramadan Collection By Tommy Hilfiger
Tahun: 2015
Dua tahun lalu, Tommy Hilfiger telah melancarkan koleksi terhad sempena kedatangan bulan Ramadan. Antara 11 rekaan busana yang dihasilkan adalah seperti gaun, blaus dan skirt.
Warna hijau zamrud, hitam dan putih menjadi pilihan warna tema koleksi tersebut.
4) Oscar de la Renta
Nama koleksi: Oscar De La Renta Ramadan Caftan Collection 2015
Tahun: 2015
Perang koleksi pakaian muslimah pada tahun 2015 turut melibatkan pereka busana mewah Amerika Syarikat, Oscar de la Renta.
Menerusi koleksi itu, pelbagai rekaan kaftan dihasilkan dengan menggunakan fabrik dan teknik sulaman gaya Timur Tengah yang terbaik.
Kaftan-kaftan itu direka dengan pelbagai warna seperti hitam, pastel, hijau, kuning dan ungu.
5) Uniqlo
Nama koleksi: Uniqlo x Hana Tajima Spring 2016
Tahun: 2016
Gedung jenama terkemuka dari Jepun, Uniqlo turut berkolaborasi dengan pereka fesyen muslimah, Hana Tajima untuk menghasilkan ‘lifewear collection‘ khusus untuk wanita.
Antara rekaan yang mendapat sambutan seperti skirt labuh, seluar panjang, kebaya dan selendang.
Tahun ini, jenama itu sekali lagi berkolaborasi dengan Hana Tajima untuk koleksi 2017 Spring/Summer Hana Tajima Lifewear.
6) H&M
Nama koleksi: Close the Loop
Tahun: 2015
Bagi menarik minat golongan wanita muslimah, H&M berkolaborasi dengan seorang model bertudung, Mariah Idrissi yang secara tidak langsung mendapat pelbagai kritikan.
Gadis berusia 23 tahun itu menjadi model bertudung pertama sejak jenama itu beroperasi.
“Terima kasih kerana menggunakan model bertudung, ia adalah satu langkah baik untuk memaparkan diversiti. Tapi H&M tidak menjual pakaian yang pengguna mahukan,” komen pengarah urusan Covertime, Stephanie Khalil AlGhani.
7) Zara
Nama koleksi: Ramadan Collection 2015
Nama: 2015
Jenama tersebut mengeluarkan pakaian untuk wanita muslimah secara mengejut pada bulan Ramadan tahun 2015. Malah, koleksi itu dilancarkan serentak bersama koleksi pakaian lelaki dan kanak-kanak pada hari pertama Ramadan.
Mengekalkan diri minimalis jenama Zara, rekaan yang dikeluarkan selari dengan aksesori untuk dipadankan dalam koleksi itu.
8) Nike
Nama koleksi: Nike Pro Hijab
Tahun: 2018
Nike baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pakai sukan wanita berhijab yang diberi nama Nike Pro Hijab.
Menggunakan fabrik ringan seperti poliester, syarikat jenama pakaian itu telah mengeluarkan kenyataan tentang kesesuaian menghasilkan koleksi itu.
“Atlet wanita bertudung baik profesional mahupun harian banyak membantu proses menghasilkan koleksi ini,” kata wakil jenama itu.
Koleksi hijab yang bakal dikeluarkan bermula awal tahun hadapan nanti disediakan dalam warna gelap dan neutral.
Sumber: Daily Mail, Telegraph, Buzzfeed, Vogue, Zilzar
Source: 8 Jenama Fesyen Antarabangsa Yang Mengeluarkan Rekaan Muslimah | Astro Gempak