spot_img
spot_img

FGV bayar guna e-wallet

spot_img

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Berhad (FGV) mempelopori pelaksanaan sistem dompet elektronik (e-wallet) untuk pembayaran gaji tanpa tunai pekerja ladangnya di bawah program Perekrutan, Pengekalan dan Penghantaran Pulang (3R).

Sistem e-wallet, di bawah inisiatif pengekalan program 3R, berjaya dilancarkan sejak Februari lalu di Gua Musang, Kelantan, melibatkan 1,500 pengguna berdaftar di 11 estet. Melalui sistem itu, FGV menganggarkan penjimatan sebanyak RM1 juta setahun dari segi kos pengendalian gaji.

FGV menyasarkan pelaksanaan penggunaan sistem ber­kenaan menjelang suku pertama 2021 untuk semua sektor perladangannya termasuk di Sabah dan Sarawak.

- Advertisement -

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, dalam era digital hari ini, syarikat terus melakukan pendekatan terbaik dalam menyempurnakan operasi menerusi teknologi baharu.

“Sebagai tulang belakang operasi kami, usaha untuk me­ningkatkan faedah pekerja diteruskan sejajar dengan peraturan antarabangsa bagi amalan buruh.

“Program 3R menunjukkan komitmen kami untuk antara lain, pengambilan pekerja asing­ secara bertanggungjawab, me­ngukuhkan mekanisme pengaduan, menambah baik sistem pemantauan dan pemulihan serta meningkatkan pengli­batan pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

- Advertisement -

Haris berkata, sebagai syarikat yang berpandangan ke hadapan, FGV percaya e-wallet adalah penyelesaian kewangan yang menyeluruh bagi pekerjanya untuk kemudahan dalam kehidupan seharian dan transaksi setiap hari.

“Ia juga sejajar dengan langkah negara menuju ke arah masyarakat tanpa tunai,” katanya.

Menggunakan aplikasi mudah alih Merchantrade Money di bawah Merchantrade Asia Sdn. Bhd., pekerja ladang FGV diberikan kad Visa prabayar dan akaun e-wallet individu, yang dapat diakses dengan mudah melalui telefon bimbit mereka. – UTUSAN ONLINE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img